Kagum

Alhamdulillah, setelah 3 hari menanti, akhirnya tiba masa untuk membuat pemeriksaan semula ujian mentox seterusnya melengkapkan pemeriksaan kesihatan yang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia perlukan. Hari Jumaat adalah hari kejadian. Maka, saya sebagai muslim pastinya akan perlu ke masjid untuk melaksanakan solat yang jika ditinggalkan 3 kali berturut-turut boleh diklasifikasi sebagai kufur (tapi ingat, bukan kita yang patut melabel orang. Itu kerja Tuhan).

Saya bertolak bersama 4 lagi orang rakan. Seorangnya memiliki kereta yang menjadi kemudahan utama ke hospital sasaran. Keempat-empat mereka merupakan rakan-rakan bukan Islam. Kami bertolak pada jam 12 tengahari selepas selesai kelas dan urusan lain. Setelah tiba di hospital tersebut, kami pun melaporkan diri dan menunggu giliran masing-masing. Apabila selesai giliran dan pemeriksaan, saya tunggu pula yang lain. Sambil menunggu, saya berbincang dengan salah seorang rakan tersebut..

Saya: So lepas ni mcm mana?
Rakan: Hmm..lepas ni kau solat jumaat kan?
Saya: Rasa lapar.. :P
Rakan: Solat la dulu. Lepas tu kita makan sama-sama.

Saya senyum dan dalam hati, saya berasa sungguh kagum dengan kata-kata rakan itu. Walaupun dia seorang bukan Islam, dia memahami prioriti solat jumaat bagi orang Islam dan juga mengakui dengan memberi galakan ke arah tersebut. (Bukanlah nak kata saya tak ingat solat jumaat tu..saje je cakap dengan dia begitu). Haa..berbalik semula kepada kata-kata rakan saya itu, bagaimana pula dengan orang Islam sendiri? Saya pernah menyaksikan dan mendengar baaanyak pendirian yang berbeza.

"Alaa..khutbah tak dengar pun takpe..kita makan jela dulu."

"Tak boleh tiga kali kan? Baru sekali ok lagi la.."

"Lek2 la der.."

dan macam-macam lagi. Apapun, saya ingin mengatakan di sini, saya kagum dan ia menjadi suatu pengajaran yang baik bagi saya. Anda pula bagaimana?

Sebuah Kematian

"Mati..semua org akan mati..tp kita muda lagi..lmbt lg kot.."

Persepsi masyrakat yang telah dihasilkan oleh statistik dan juga kebiasaan menyebabkan para remaja dan orang muda (termasuklah juga yang perasan muda) yakin bahawa malaikat Izrail tidak akan bertemu mereka dalam masa terdekat. Statistik memanglah membuktikan bahawa ramai orang meninggal dunia pada usia tua dan orang melihat melalui logik dan pemerhatian bahawa memang orang tua yang lebih senang mati (maaf, tidak bermaksud membuat sesiapa terasa hati). Namun begitu, hakikatnya ramai juga yang mati tanpa diduga. Kematian banyak yang menjemput akibat penyakit yang tidak dapat dikesan, kemalangan yang tidak diduga, kejadian yang tidak diingini. Malah, bila-bila masa juga Allah SWT boleh mengarahkan malaikat Izrail untuk melaksanakan tugasnya terhadap kita.

Ingat lagi dulu belajar Shakespeare punya "Life's Brief Candle"
*terima kasih http://hairieusoff.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

Seorang sahabat saya ada menceritakan kemalangan yang berlaku ke atas sahabatnya lalu meragut nyawanya. Saya sebak juga mendengarnya. Sahabat itu sedih akan kehilangan rakannya yang akrab. Mungkin juga tidak sempat untuk meminta maaf kepadanya atas segala kesalahan terhadapnya. Saya tidak pernah mengalai nasib itu lagi. Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang akrab dengan saya masih sihat wal afiat. Terbayang saya apa perasaannya kehilangan seorang sahabat, ahli keluarga, guru, dan kenalan. Bukanlah perasaan yang menyenangkan.

Seorang sahabat saya telah juga menghadapi kemalangan yang menyebabkan beliau koma. Rakan-rakan yang lain semua terkejut dan seolah-olah panik. Alhamdulillah kini dia sudah kembali sedar dan semakin pulih. Jadi, boleh juga terbayang reaksi mereka jika kehilangan seorang sahabat.

Seorang lagi rakan telah kehilangan bapanya. Ini pastinya mungkin lebih menyedihkan kepada beliau. Dan kepada sesiapa sahaja yang merasainya. Selalu juga difikirkan oleh mereka yang kehilangan ibu bapa secara tiba-tiba, "Adakah aku masih berdosa terhadap mereka?" dan seumpamanya.

Semua ini dan pelbagai lagi kisah-kisah terbaru mahupun yang lama telah mengingatkan saya akan mati. Bersediakah kita untuk menghadapi mati? Berani juga sesetengah orang berkata, "nanti aku akan bertaubat", "aku mungkin berubah satu hari nanti", "belum sampai masanya", "perubahan perlu mengambil masa", dan seumpamanya. Benarkah kita masih ada begitu banyak masa untuk insaf, bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa serta menyediakan bekalan untuk dibawa ke kubur dan seterusnya ke akhirat?

Saya pernah dengar ni juga dulu..wallahu'alam
*terima kasih http://erpanependi.blogspot.com/2010/12/ingat-mati.html
Bekerjalah seperti akan hidup selamanya, beribadahlah seperti akan mati esok. Kata-kata ini (maaf, saya tak dpt nak sahkan sumber kata-kata ini) membawa suatu signifikan yang besar yakni, di dalam Islam, kita seharusnya berusaha untuk dunia dan akhirat. Dan kita harus beringat sentiasa bahawa mati boleh tiba bila-bila masa. Wallahu'alam, selamat beramal soleh!

Ia suatu perjalanan yang panjang..namun pengakhirannya sesuatu yang pasti.
Berhati-hati juga di jalan raya ya!
*terima kasih http://shuhadajamaludin.blogspot.com/2009/10/hidupkan-hati-dengan-mengingati-mati.html