Persepsi masyrakat yang telah dihasilkan oleh statistik dan juga kebiasaan menyebabkan para remaja dan orang muda (termasuklah juga yang perasan muda) yakin bahawa malaikat Izrail tidak akan bertemu mereka dalam masa terdekat. Statistik memanglah membuktikan bahawa ramai orang meninggal dunia pada usia tua dan orang melihat melalui logik dan pemerhatian bahawa memang orang tua yang lebih senang mati (maaf, tidak bermaksud membuat sesiapa terasa hati). Namun begitu, hakikatnya ramai juga yang mati tanpa diduga. Kematian banyak yang menjemput akibat penyakit yang tidak dapat dikesan, kemalangan yang tidak diduga, kejadian yang tidak diingini. Malah, bila-bila masa juga Allah SWT boleh mengarahkan malaikat Izrail untuk melaksanakan tugasnya terhadap kita.
Ingat lagi dulu belajar Shakespeare punya "Life's Brief Candle" *terima kasih http://hairieusoff.blogspot.com/2009_02_01_archive.html |
Seorang sahabat saya telah juga menghadapi kemalangan yang menyebabkan beliau koma. Rakan-rakan yang lain semua terkejut dan seolah-olah panik. Alhamdulillah kini dia sudah kembali sedar dan semakin pulih. Jadi, boleh juga terbayang reaksi mereka jika kehilangan seorang sahabat.
Seorang lagi rakan telah kehilangan bapanya. Ini pastinya mungkin lebih menyedihkan kepada beliau. Dan kepada sesiapa sahaja yang merasainya. Selalu juga difikirkan oleh mereka yang kehilangan ibu bapa secara tiba-tiba, "Adakah aku masih berdosa terhadap mereka?" dan seumpamanya.
Semua ini dan pelbagai lagi kisah-kisah terbaru mahupun yang lama telah mengingatkan saya akan mati. Bersediakah kita untuk menghadapi mati? Berani juga sesetengah orang berkata, "nanti aku akan bertaubat", "aku mungkin berubah satu hari nanti", "belum sampai masanya", "perubahan perlu mengambil masa", dan seumpamanya. Benarkah kita masih ada begitu banyak masa untuk insaf, bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa serta menyediakan bekalan untuk dibawa ke kubur dan seterusnya ke akhirat?
Saya pernah dengar ni juga dulu..wallahu'alam *terima kasih http://erpanependi.blogspot.com/2010/12/ingat-mati.html |
Ia suatu perjalanan yang panjang..namun pengakhirannya sesuatu yang pasti. Berhati-hati juga di jalan raya ya! *terima kasih http://shuhadajamaludin.blogspot.com/2009/10/hidupkan-hati-dengan-mengingati-mati.html |
No comments:
Post a Comment