Baik di dalam?

"Tak pakai tudung, tak semestinya jahat! Mana tau dalam hati sebenarnya baik.."


Dialog tersebut sudah biasa didengari dalam masyarakat yang serba 'bersangka baik' ini. Saya juga pernah mendengarinya. Jadi, di sini saya ingin menerangkan beberapa pendapat sendiri yang mungkin juga boleh diendahkan jika terdapat kesalahan. :)


Kita mula dengan definisi Iman. Apakah Iman? Secara bahasanya ialah percaya. Secara mendalam (cuba periksa buku-buku teks Pendidikan Agama Islam),  ialah mengaku dengan lidah, yakin di dalam hati dan mengamalkan dengan seluruh anggota. Mari kita teliti betul-betul..secara kasarnya, boleh dirumuskan bahawa seseorang yang dikatakan beriman perlu memenuhi ketiga-tiga perkara ini: mengaku dengan lidah, yakin di dalam hati, mengamalkan dengan seluruh anggota. Mengaku dengan lidah. Ini sesuatu yang kita tidak dapat nafikan, mudah dipenuhi. Tanyalah sesiapa, mereka boleh sahaja mengaku, "saya muslim". Ok, seterusnya, hati. Ini juga agak sukar, bukan semua yang boleh menilai. Ia sangatlah abstrak dan subjektif. Baiklah, kita teruskan kepada yang ketiga, mengamalkan dengan seluruh anggota. "Asyik-asyik cerita pasal tudung! Tak ada benda lain ke?" Tudung itu hanya sebagai satu contoh yang paling biasa. Boleh sahaja diambil contoh-contoh lain seperti pakai seluar pendek atas lutut, berzina, mencuri, mengeji, dan lain-lain. Namun, saya ambil tudung juga, kerana ingin merujuk kepada dialog di atas.


Wanita yang tidak memakai tudung di hadapan bukan mahram (orang yang boleh dikahwini) jelas sekali tidak mengamalkan sesuatu yang sangat penting dalam Islam iaitu menutup aurat. Mereka mengaku Islam, percaya dalam hati bahawa Islam itu benar (insyaAllah) tetapi tidak mengamalkan tuntutan agama. Pendek kata, mengikut definisi Iman, Iman mereka ini tidak sempurna. Jika sebuah kereta mempunyai enjin, mempunyai badan, tetapi tidak boleh bergerak. Apakah nilaiannya kepada para pemandu?


Mengenai hati.. Jika seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kewajipan sebagai seorang muslim, berdosa bukan? Ustaz saya kata, dosa akan mengelapkan hati seperti setitik air hitam yang menggelapkan air yang jernih (kerana nila setitik, rosak susu sebelanga). Dosa yang dikumpul sedikit demi sedikit lama-lama akan menyebabkan hati gelap (sikit-sikit lama-lama jadi bukit) dan apabila hati gelap, akan sukar pemiliknya untuk mendengar nasihat apatah lagi menjadi seorang yang soleh atau solehah. Menutup aurat sesuatu yang wajib dan tidak melakukannya adalah dosa besar! Ya, dosa besar. Carilah mana-mana buku 'dosa-dosa besar', tidak menutup aurat pasti ada. Setiap helai rambut seorang wanita yang dilihat oleh seorang bukan mahram akan menyebabkan satu dosa besar baginya. Bayangkan jumlah dosa yang dikumpul oleh seorang wanita tidak bertudung yang setiap hari berjalan di khalayak ramai. Setiap helai rambutnya dilihat oleh tidak kurang dari 10 orang lelaki. Ia seperti rantaian dosa yang tidak berakhir. Tidak dapat dibayangkan bagaimana gelapnya hati itu boleh menjadi.. Oleh itu, mungkin juga ini boleh dijadikan jawapan kepada "Mana tau dalam hati sebenarnya baik..".


Iman sesuatu yang perlu dipupuk sejak kecil (melentur buluh biarlah dari rebungnya). Tetapi siapa kata apabila sudah besar tiada harapan? Ramai sahaja orang yang baru menganut Islam apabila sudah tua bahkan memahaminya dan menghayatinya jauh lebih hebat daripada kita. Secara kesimpulannya di sini, Iman itu yang menjadi penentu Islam kita dan Iman itu tidak lengkap tanpa Amal. Amal pula tidak lengkap tanpa Ilmu. Janganlah dibiarkan begitu sahaja sanubari merana kerana kealpaan diri. Bukanlah niat di hati ingin merendah-rendahkan muslimah yang tidak bertudung, tetapi hanya ingin menyedarkan dan memberi peringatan kepada semua. Itu tugas yang dipikul bersama, yang telah diberi oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Marilah insaf dan beriman sepenuhnya! Wallahualam~

IMAM..


Ada seorang pemuda yang bermusafir. Pada suatu hari beliau tiba di sebuah kampung pada ketika samar-samar senja. Ketika itu waktu Maghrib hampir tiba. Beliau mengambil keputusan untuk singgah di surau kampung tersebut untuk menunaikan solat Maghrib. Di surau terdapat beberapa jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat.

 Si pemuda ini pun terus menukar pakaian danmengambil wuduk, seterusnya menyertai para jemaah untuk solat. Setelah beberapa ketika, Si pemuda itu pun berkata "Bukankah dah masuk waktu ni, kenapa kita masih belum solat?". "Kita sedang menunggu Imam," sahut salah seorang jemaah. Setelah beberapa minit menunggu dan si Imam tidak juga muncul, ketika ini si pemuda pun berkata, "waktu dah nak habis, eloklah kita solat dulu". Para jemaah bersetuju dan bersepakat untuk memilih si pemuda itu menjadi imam. Sebenarnya itulah kali pertama pemuda itu mengimamkan sesuatu solat, namun dek kerana segan, dia tidak beritahu jemaah lain. Beliau pun terus mengambil tempat imam dan memulakan solat. "Allahhu Akbar", beliau memulakan takbiratulihram dan diikuti para makmum.

Selepas itu, beliau terus membaca doa iftitah. Kemudian, dengan suara nyaring beliau terus membaca, "Bismillahirrahmanirrahim. Waddhuha. Wallai...". Tiba-tiba kedengaran makmum di belakang menyahut,  "Subhanallah!". Beliau terus berhenti membaca dan berkata dalam hati, "Mungkin bacaan aku tidak betul." Kemudian beliau berdehem sambil membetulkan anak tekak dan memulakan sekali lagi, "Bismillahirrahmanirrahim. Waaadhuuhaa. Wall....". Sekali lagi kedengaran makmum menyahut "Subhanallah." Beliau terus berhenti membaca dan berkata dalam hati lagi. "Apa lagi yang salah? Mungkin aku perlu nipiskan lagi sebutan agaknya. Prihatin betul jemaah disini." Beliau kemudian memulakan sekali lagi dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim. Waaaaadddhuuuuhaaaa.Wallai..". "Subhanallah!", sekali lagi makmum menyahut. Oleh kerana tidak berpuas hati, si pemuda terus berpusing dan mengadap makmum dan berkata, "Kenapa! Apa salahnya. Apa yang tak betulnya?. Makmum pula serentak menjawab, "Fatihahnya mana!"....

Hanya sekadar menggembirakan hati. Jangan diikut ni sampai mati! :)

Sewaktu Saat-saat Genting


     Dalam kehidupan seharian, pasti ada masanya kita dihadapi dengan ujian-ujian yang mengganggu fikiran dan kadangkala secara sepontan, kita akan terfikir beberapa persoalan. Di sini, jika kita dapat menghayati dan mengingati jawapan dan panduan dariapada Al-Quran, insyaAllah kita akan dapat mengawal diri dan tenangkan fikiran. Semoga berguna:

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

[Surah Al-Ankabut, ayat 2-3]


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

[Surah Al-Baqarah, ayat 216]


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) daripada (kejahatan) yang diperbuatnya…"

[Surah Al-Baqarah, ayat 286]


RASA “FRUST”?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yg paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."

[Surah Ali Imran, ayat 139]


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam mengerjakan kebaikan) dan kuatkanlah kesabaran dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu beruntung."

[Surah Ali Imran, ayat 200]

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

[Surah Al-Baqarah, ayat 45]


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”

[Surah At-Taubah, ayat 111]


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."

[Surah At-Taubah, ayat 129]


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"…dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

[Surah Yusuf, ayat 87]

Kemajuan Dunia Kerana Tuhan, Faedahnya Sesama Insan


Membina kemajuan, mencari kesenangan, bukanlah satu kesalahan.
Kemajuan dan kesenangan amatlah diperlukan dalam kehidupan.

Namun, bila sudah dapat kemajuan dan kesenangan, bukan senang hendak mengekalkan sifat kehambaan.
Mencari ilmu hingga menjadi pandai memanglah disuruh, sesetengah ilmu wajib dipelajari.
Kalau tidak pula kita pelajari, menjadi satu kesalahan di sisi Tuhan.
Kerana ia member pelbagai faedah kepada kepentingan umum dalam kehidupan.

Tetapi apabila dapat kita menguasai ilmu, bukan senang merendah diri sesama insan.
Ramai yang ego dan sombong dengan kepandaian.

Kekayaan tidak salah dicari.
Kalau pandai menggunakan kekayaan ramai juga yang dapat dibela.
Masyarakat akan dapat manfaatnya.

Tapi setelah kaya bukan senang hendak menjaga hati.
Biasanya datang sifat bangga, bakhil pun tiba, cinta dunia pun berbunga,
orang yang miskin pula dihina.

Menjadi pemimpin bukanlah salah. Adakalanya ia menjadi fardhu kifayah.
Tapi setelah menjadi pemimpin biasanya watak mudah berubah.
Sebelumnya  lemah lembut jadi pemarah, biasanya penyayang menjadi pemberang.
Dahulu bertimbang rasa sekarang menjadi zalim pula.

Begitulah manusia susah hendak mengekalkan rasa kehambaan.
Setelah senang, mewah, ada nama, biasanya lupakan Iman.
Jauh sekalilah hendak takut dan cintakan Tuhan.

Begitulah watak dunia.
Kalau tidak maju, terhina.
Jika maju menghina pula.
Berjaya dalam kehidupan, berbangga.
Tidak Berjaya, inferiority complex pula.
Berjaya pun datang sifat negatif, tidak berjaya pun begitulah juga
Mengapa terjadi begitu?
Di mana salah silapnya?
Buat jadi bahaya, tidak buat pun bahaya juga!
Silapnya mencari kemajuan dunia & bukan untuk keredhaan Tuhan.
Tetapi keredhaan manusia di dalam kehidupan.
Maka terjadilah seperti yang telah disebutkan.

Rupanya dunia itu memang diperlukan.
Tapi ia seperti anak gadis, jarang kita tidak digodanya.
Atau dunia seperti ular berbisa.
Pandai menggunanya ia menghiburkan.
Tapi jarang orang tidak dipatuknya.

Oleh itu, carilah kemajuan dan kesenangan dunia, ia bukannya satu kesalahan.
Kalau diusahakan kerana Tuhan, pasti bahagia dengan kenikmatan.
Di samping mendapat kasih sayang Tuhan.
Senang dan bahagia di alam duniawi.
Selesa dan gembira di akhirat nanti.

Buatlah kemajuan dunia kerana Tuhan, faedahnya sesama insan

Sajak: BUAT TUAN PUTERI

di sini

patik ingin menyampaikan satu peringatan

yang jika dihayati

insyaAllah

boleh melembutkan hati

yakni

Ingatlah mati

kerana

pabila kita teringat akan mati

kita ingat yang diri masih belum ready

banyak perkara yang perlu diperbaiki

mati datang hanya sekali

mati datang tanpa disedari

maka, adakah kita mahu menyesal pada saat itu?

atau kita mahu terus memperbetul diri secepatnya?

seperti juga quiz & periksa

jika kita tahu esok akan ada kedua-duanya

pasti akan sibuk memperbetulkan hafalan & cara

terus-menerus membuat latihan

agar dapat keputusan yg memuaskan

jika kita dapat hayati erti Mengingati Mati

dengan sebaik2nya

jika kita dapat hayati erti Mengingati Mati

pasti diri lebih bersedia

insyaAllah~

baiklah

patik mohon maaf mengambil masa Tuan Puteri

terima kasih daun keladi kerana sudi melayan diri yang kerdil ini


Dicipta oleh: Tuan Punya Blog  =]

Dialog Imam Abu Hanifah dengan Ilmuan Kafir

Imam Abu Hanifah pernah menceritakan...
Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom. Ulama-ulama Islam pada waktu itu membiarkan sahaja lelaki ini melainkan seorang ulama iaitu Hammad, guru Abu Hanifah. Oleh sebab itu, pemuda tersebut segan apabila bertemu dengannya. Hammad telah meminta Abu Hanifah untuk menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya.

Pada suatu hari, ramai orang berkumpul di masjid dan orang Atheis itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dengan niat hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara saf-saf itu, bangunlah seorang lelaki muda, Abu Hanifah dan ketika sudah berada di hadapan mimbar, dia berkata, "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun, dia pun berkata: "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:

Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
Abu Hanifah : Allah berfirman, "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"
Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya? Pada tahun berapa Dia ada?
Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.
Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!
Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?
Atheis : Ya.
Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu? [pada waktu ini, nombor satu adalah nombor yang pertama]
Atheis : Tidak ada angka.
Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha tidak ada yang mendahuluiNya?

Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang? Sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.
Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu? Apakah di dalam susu itu keju?
Atheis : Ya, sudah tentu.
Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.
Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala? Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!
[Kita juga mengimani bahawa Allah SWT bertempat di Arasy. Allah SWT juga berfirman bahawa Dia “lebih dekat denganmu daripada urat lehermu”.]

Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menruap seperti gas?
Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
Atheis : Ya, pernah.
Abu Hanifah : Sebelumnya, dia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakkan anggota tubuhnya. Kemudian, tiba-tiba diam tak bergerak. Apa yang menimbulkan perubahan itu?
Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.
Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
Atheis : Ya, masih ada.
Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?
Atheis : Entahlah, aku tidak tahu.
Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!

Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah.
Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi kerana Dia adalah nur cahaya langit dan bumi.

Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.
Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktikkannya ketika tuan ada di dalam perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar di sana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.
Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?
Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita, semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.

"Ya! Kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanya Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan yang ini, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah. Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah pula naik ke atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaanNya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. PekerjaanNya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.

Kisah ini didapati dalam dua versi yang berbeda sedikit, satu mengatakan Atheis dan yang lain mengatakanya ilmuan kafir, persoalan-persoalan yang dikemukakannya adalah hampir sama, kedua-duanya digabungkan sekali. Semoga mendapat manfaat.

DENGAN SIAPA ANDA DUDUK??

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia, akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barang siapa yang suka duduk beserta orang kaya, akan ditambah Allah kecintaan dan keinginannya kepada dunia.

2. Barang siapa yang suka duduk bersama orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang  ditentukan Allah.

3. Barang siapa yang suka duduk dengan sultan (pemerintah negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barang siapa yang suka duduk dengan perempuan, akan ditambah Allah bodoh dan shahwatnya.

5. Barang siapa yang suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barang siapa yang suka duduk dengan orang-orang fasiq, akan bertambah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barang siapa yang suka dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat kpd Allah SWT.

8. Barang siapa yang suka duduk dengan para Ulama', maka bertambah ilmu dan wara'nya.

Mungkin ada yang terfikir, ”Tak semestinya!..”. Namun begitu, cuba teliti dan renungi semula perkara tersebut. Kadangkala, benar juga...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia

Haa..berikut adalah “cheats” & “walkthrough” bagi laluan2 yang bakal dilalui manusia nanti..oleh itu, AMBIL PERHATIAN..ini bukan main2~

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan drpd perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati & benci
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dgn istibra’ (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mukmin
c. Bayar semula qadha' solat & puasa yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada Allah SWT

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NAKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang takdir Allah SWT

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada Allah SWT
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah wali-wali Allah SWT
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap baik perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan sebanyak-banyaknya
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruhan Allah SWT
d. Merendahkan diri dengan semua makhluk Allah SWT

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD SAW
a. Kasihilah Nabi Muhammad SAW
b. Kasihilah Rasul2 Allah
c. Lakukanlah yang difardhukan oleh Allah SWT
d. Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH SWT
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah SWT (telitilah maksud Islam yang mendalam)
b. Hindarkan diri drpd menderhaka kepada Allah SWT
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad (kepercayaan) kepada Allah SWT
d. Bencikan segala yang diharamkanNya

Maka, ikutlah panduan tersebut. InsyaAllah, yang baik akan dibalas baik. Salamullah!

NERAKA - Tak Kenal Maka Tak Takut



Abu Hurairah RA meriwayatkan,
"Ketika Rasulullah SAW berkata: ‘Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka.’ lalu seseorang bertanya: ‘Ya Rasulullah, adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir?’ Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia, dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia).
(Hadith Riwayat Bukhari)

KESAN NERAKA KEPADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah SAW...
Diriwayat oleh Abu Hurairah,
Rasulullah SAW bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata: ‘Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain.’ Lalu Allah SWT membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pd musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk."
(Hadith Riwayat Bukhari)

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka...
Firman Allah SWT:
”Mereka tidak memperolehi makanan selain daripada pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."
(Surah Al-Ghasiyah, ayat 6-7)

MINUMAN AHLI NERAKA

1. Hamim (air yang mendidih)
Firman Allah SWT:
"Inilah neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya."
(Surah Ar-Rahman, ayat 43-44)

2. Ghassaq (nanah dan darah)
Firman Allah SWT:
"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa."
(Surah Al-Haqqah, ayat 35-37 )

3. Sadid (air danur (nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka)
Firman Allah SWT:
"Dihadapan mereka ada neraka Jahanam, dan ia diberi minum dari air danur (nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka."
(Surah Ibrahim, ayat 16)

4. Air seperti tembaga cair
Firman Allah SWT:
"Dan jika mereka meminta minum ,nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina."
(Surah Al-Kahfi, ayat 29)

PAKAIAN AHLI NERAKA

1. Pakaian dari api
Firman Allah SWT:
"Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka."
(Surah Al-Haj, ayat 19)

2. Pakaian dari minyak tar
Firman Allah SWT:
"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka."
(Surah Ibrahim, ayat 50)

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri daripada manusia dan jin yang kafir dan ingkar kepada Allah SWT, serta batu-batu termasuk patung berhala.
Firman Allah:
"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yg diperintahkanNya."
(Surah At-Tahrim, ayat 6)

PENDUDUK NERAKA

Imran bin Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita."
(Hadith Riwayat Bukhari)

NAMA-NAMA NERAKA

Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:


1. Jahannam
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya neraka Jahanam itu (padanya) ada tempat pengintai."
(Surah An-Naba, ayat 21)

2. Ladza
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Ladza) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala"
(Surah Al-Ma'arij, ayat 15-16)

3. Al-Hutamah
"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati."
(Surah Al-Humazah, ayat 4-7)

4. Sa'ir
Yang disebutkan dalam Al-Quran yang bermaksud:
“..dan segolongan masuk ke neraka Sa'ir.”
(Surah Asy-Syura, ayat 7)

5. Saqar
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia."
(Surah Al-Muddathir, ayat 26-29)

6. Jahim
"Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." (Surah Asy-Syura, ayat 91)

7. Hawiyah

"Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. ....iaitu api yang sangat panas.”
(Surah Al-Qari'ah, ayat 8-11)

PENJAGA NERAKA

Al-Quran menyebutkan bahawa jumlah penjaga neraka itu sembilan belas seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al-Muddathir, ayat 30-31. Salah satu daripada sembilan belas itu adalah Malik, penjaga pintu neraka. Allah SWT telah menyebutkan namanya dalam Al-Quran yg bermaksud:
"Mereka berseru, Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja. Dia menjawab, ‘Kamu akan tetap tinggal di neraka ini’."
(Surah Az-Zukhruf, ayat 77)

Ambillah iktibar, takutlah akan neraka dan takutlah membuat dosa. Takut kepada Allah SWT!

Khas Buat Wanita


 Wanita..indahmu sebagai teman. Namun, kehadiranmu juga satu cabaran. Buat lelaki sebagai dugaan. Sesetengah juga menjadi tanggungan. Wanita mampu membantu lelaki menjadi bersemangat membara, juga dapat menarik mereka ke api neraka. Wahai wanita, pintaku ini satu: Jagalah auratmu dan tingkah lakumu..mengikut apa yang diajarkan Islam...

1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)."
[Riwayat Abu Daud dalam Fathil Bari]

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
[Surah an-Nur, ayat 31]

*Jangan menampakkan kaki
*Jangan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina."
[Riwayat Nasa’i, Ibnu Khuzaimah dan Hibban]

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
[Surah an-Nur, ayat 31]

5. Gigi
"Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
[Riwayat At-Thabrani]

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahiliah yang dahulu."
[Surah al-Ahzab, ayat 33]

*Jangan bersolek (make-up)
*Menurut Maqatil, jangan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliah

7. Muka dan Tangan
“Asma’ Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah “Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.””
[Riwayat Muslim dan Bukhari]

8. Sentuhan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
[Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi]

9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka."
[Surah an-Nur, ayat 31]

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan."
[Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi]

10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan- perkataan yang baik."
[Suarh al-Ahzab, ayat 32]

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
[Riwayat Ibnu Majah]

11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (daripada berzina)."
[Surah an-Nur, ayat 31]

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (daripada berzina) dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
[Riwayat Al-Bazzar]

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
[Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah]

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
[Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah]

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

*Jangan berpakaian tipis/jarang
*Jangan berpakaian ketat/membentuk
*Jangan berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu

"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Surah al-Ahzab, ayat 59]

13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
[Riwayat Bukhari dan Muslim ]

"Dunia itu perhiasan. Sebaik-baik perhiasan itu wanita solehah." (HR Muslim) 
Semoga diambil manfaat~ 

Hasil "Poll"

Saya telah mewujudkan satu "poll" sebelum ini dan alhamdulillah..memang benar, dakwah perlu dilakukan semua orang; mengikut kemampuan masing2. Tetapi tiada siapa yang tidak mampu untuk berdakwah kerana memberikan contoh dan membenci keburukan dengan hati juga boleh menjadi dakwah. Oleh itu, ingatlah. Berdakwah itu tanggungjawab kita bersama. Sebaiknya dengan cara yang berhikmah dan dapat membuktikan keindahan dan kebenaran Islam kita ini. Semoga terus berada di atas jalan dakwah ini.  =]

UKHUWAH = PERSAUDARAAN



Aku membicarakan perihal ukhuwah dalam skala yang lebih besar. Manusia, sering melihat bahawa ukhuwah itu hanya terbatas kepada hubungan antara dua manusia sahaja. Tetapi, ukhuwah yang sebenarnya adalah, tidak terbatas kepada manusia sahaja, dan tidak semestinya dengan orang yang kita kenal semata.

     Bila kita merujuk kembali berkenaan ukhuwah, kita akan dapat melihat bahawa, ukhuwah yang baik itu tidak dapat tidak adalah dibina daripada keimanan yang benar kepada Allah SWT. Hal ini kerana, serendah-rendah ukhuwah adalah bersangka baik kepada sahabat kita. Perkara itu, yakni bersangka baik itu tidak akan sekali-kali dapat kita capai, melainkan kita mempunyai keimanan yang mantap kepada Allah SWT, dan  meyakini bahawa Allah SWT tahu apa yang kita simpan dalam hati kita. Maka, tidak akan tergerak di dalam jiwa kita untuk bersangka buruk kepada sahabat.


     Melihat pula kepada tingkatan tertinggi ukhuwah, yakni ithar, ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri. Perkara ithar ini, tidak akan mampu disentuh oleh manusia, melainkan dengan keimanan yang benar juga. Hal ini kerana, ithar itu secara sindirinya berdiri atas pengorbanan. Melebihkan orang lain daripada diri sendiri adalah satu taudhiah. Manusia, biasanya sukar untuk membalas pengorbanan manusia lain kepada dirinya, dengan balasan yang setimpal. Justeru, keimanan kita kepada Allah SWT, meyakini bahawa Allah SWT yang akan membalas kebaikan kita akan membuatkan kira tegar untuk melebihkan sahabat kita dalam apa perkara sekalipun.

     Kita perlu sedar bahawa, kita membina ukhuwah sebagai menyahut perintah Allah SWT yang menyatakan bahawa semua orang yang beriman itu bersaudara.

     Allah SWT berfirman yang bermaksud:
  
     "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah, dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat rahmat."
(Surah al-Hujurat 49:10)


     Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:


     "Tidak beriman seorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat al-Hadis)


     Simfoni ukhuwah ini tidak lagi dimainkan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Jangan kata melebihkan orang lain, hatta bersangka baik pun sudah hancur dimamah hasad dan bersangka-sangka. Tanpa ukhuwah, tidak akan terbina kesatuan ummah. Bila tidak bersatu, maka ummah akan runtuh dengan mudah.


     Sepatutnya umat Islam hari ini memandang sejarah lama dan mengambil pengajaran. Lihatah bagaimana bijaknya penjajah Barat, meruntuhkan khalifah Islam. Mereka memecahbelahkan hubungan antara orang beriman ini dengan sempadan. Akhirnya, daripada situ muncullah masyarakat yang sama dalam keimanannya, tetapi mementingkan diri masing-masing sahaja, tanpa ada rasa persaudaraan yang benar kepada saudara seimannya yang lain, walau bersebelahan negara.

     Sebab itu, bila kita bicarakan tentang kebangkitan Islam, mahu atau tidak, kesatuan itu perlu dibina. Perlu ada kelompok manusia yang benar-benar faham maksud ukhwah ini, dan menterjemahkannya dalam kehidupan mereka. Ukhuwah yang berdiri di atas keimanan yang jelas, akan mewujudkan kekuatan yang tidak terjangka.

     Lihat sahaja bagaimana 313 orang Muslimin mampu menumbangkan 1000 orang musyrikin Makkah dalam peperangan Badar. Mereka tidak mampu jika hubungan yang mantap dan saling percaya-mempercayai tiada.

    
     Aku berkongsi kisah sebelum peperangan Badar, di mana Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang Ansar boleh pulang ke Madinah, memandangkan perjanjian mereka dengan Rasulullah SAW adalah untuk melindungi Baginda di dalam Madinah, bukan di luar. Tetapi salah seorang sahabat Ansar berkata:

     "Ya Rasulullah, kami tidak akan mengatakan kepada kamu sebagaimana Bani Israel menyatakan kepada Musa. Pergilah kau dengan Tuhan kau berperang dan kami akan menunggu hingga kau menang. Tetapi ya Rasulullah, kami akan berkata kepada kamu, 'Pergilah kau dengan Tuhan kau berperang, dan kami akan bersamamu!'"

     Seseorang itu sanggup bergadai nyawa, kalau bukan kerana kasih sayang sudah mendalam merasuk di jiwa? Apakah siraman yang boleh menyuburkan benih ukhuwah ini? Itulah dia iman kepada Allah SWT. Percayalah bahawa, Allah SWT akan membalas pengorbanan kita dalam ukhuwah ini.

    
     Ukhuwah, bukan juga hanya untuk mereka yang seangkatan, sebaya dan sebagainya. Aku mengambil contoh tenaga pengajar di SMKA Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar sekolah ini. Aku menyatakan bahawa, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar turut perlu menjalinkan ukhwah. Tenaga pengajar dan pelajar-pelajar perlu berkenalan, faham-memahami dan sayang-menyayangi. Masing-masing perlu lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Pelajar-pelajar memerlukan tenaga pengajar untuk menjaga dan mendidik mereka. Tenaga pengajar, memerlukan anak-anak ini untuk meneruskan cita-cita mereka pada masa akan datang.

     Begitu juga suami dengan isteri, ibu bapa kepada anak-anak, kita kepada jiran, malah kita kepada orang bukan Islam juga perlu pada hubungan ikhlas ini. Islam itu syumul, dan kita perlu tonjolkan kesyumulan ini dalam kehidupan kita. Tetapi siapakah yang nampak bahawa hubungan mereka dengan pasangan dan anak-anak mereka satu ukhuwah? Kadang-kadang kita pandang rendah dengan taraf isteri dan anak-anak. Kita sangka, bila jadi ketua keluarga, maka yang lain adalah pengikut semata-mata.

     Ini adalah konsep yang salah.

     Semua kita adalah sama, dan yang membezakan kita adalah takwa. Sepatutnya, kita perlu saling melengkapi, untuk mempertingkatkan takwa ini sebenarnya.

     Allah SWT berfirman yang bermaksud:

     "Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu bermasyarakat dan berpuak-puak, agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang termulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya."
(Surah al-Hujurat 49:12)

     Kita juga perlu menjalinkan ukhuwah dengan alam. Menyayangi alam dan menjaga mereka dengan tidak mencemari mereka. Hal ini kerana, kita lengkap-melengkapi dengan alam. Kita memerlukan mereka untuk memberikan kita kehidupan yang kondusif. Kita perlukan udara segar untuk hidup. Dan mereka memerlukan kita untuk menjaga mereka.

    
     Perlu diingatkan juga bahawa, dalam ukhuwah, bukan semuanya manis. Ukhuwah akan diuji. Ukhuwah antara manusia akan digegarkan dengan pelbagai cubaan. Syaitan tidak sukakan kesatuan. Maka penderhaka kepada Allah ini akan berusaha untuk meruntuhkan kesatuan yang terwujud antara hati manusia.

     Maka, dengan keimanan yang mantap sahaja, ukhuwah akan dapat dijaga. Hal ini kerana, syaitan tidak akan mampu menghampiri mereka yang ikhlas dalam menjaga hubungannya. Sebab itu, kita tidak berukhuwah hanya kerana harta, rupa paras atau keturunan. Kita berukhuwah kerana itu adalah perintah Allah SWT. Kita berukhuwah untuk mencapai keredhaan Allah SWT sahaja!

~diadaptasi daripada penulisan Saudara Hilal Asyraf

Sebutan Menjadi Amalan

Perkara yang patut disebut-sebut selalu dan sebaliknya untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1) Perbanyakkan menyebut tentang Allah SWT daripada menyebut tentang makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah SWT. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah SWT berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2) Perbanyakkan menyebut tentang akhirat daripada menyebut tentang urusan dunia

Dunia terlalu sedikit masanya dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan  Wawasan Dunia (WD) sahaja hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan telah dijanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin akan masuk syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh  perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4). Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam resmi ayam 'bertelur sebiji, riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita, itu boleh menimbulkan satu penyakit hati iaitu ‘ujub. Penyakit ‘ujub ini ibarat api dalam sekam yang merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riya' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (riya') tidak akan mencium bau syurga. Riya' adalah satu unsur dari syirik khafi. Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa kebaikan yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang yang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita seorang yang baik. Kita terlupa pula kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


5). Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati yang ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa akan keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita, bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Namun, ini tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk mengelak dari usaha dakwah Islamiah.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan terapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

10 Perkara Sia-sia

Sufyan at-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Moga dapat menambahkan lagi amalan agar hidup tidak disia-siakan. InsyaAllah~

Sifat-sifat Sahabat

Sahabat adalah orang yang selalu dekat dengan kita. Sahabat yang baik itu adalah orang yang selalu membantu dan menolong kita dalam kebaikan dan ketika kita mendapat kesusahan. Supaya kita dihargai, hendaklah kita menghormati dan menyayangi sahabat kita. Di sini, dirumuskan beberapa sifat seorang sahabat.

Ciri-ciri seorang sahabat 
• Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu. 
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. 
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya dia akan membantumu. 
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya dia akan menerima dengan baik. 
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu. 
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya. 
• Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak  bercerita), dia akan menanyakan kesusahanmu. 
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu. 
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu. 
• Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu. 
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Kita juga perlu berusaha untuk menjadi sahabat yang sejati. Ingatlah, antara golongan yang akan mendapat lindungan di ‘arasy Allah kelak ialah dua orang yang bercinta (bersahabat) kerana Allah. Salam ukhwah!

Apabila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah SAW bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil di badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah SAW lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail AS akan menebarkan sayapnya yang kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail AS. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail AS akan  menebarkan sayap kirinya. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu  orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

          Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT.”

          Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."

          Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT, malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan. Tetapi keluarnya pula sedekah, usapan kepala anak-anak yatim, dan penulisan ilmu dari arah tangan orang mukmin itu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim, dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

          Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya kerana kaki pula berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

          Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan al-Quran dan zikir."

          Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat mushaf-mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.".

          Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

          Sebaik sahaja mendapat perintah Allah SWT maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik sahaja melihat Asma Allah SWT dan cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar RA telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar RA: "Roh itu menuju ke tujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah SAW: 3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.

Sedar akan Dosa

Sedarkah kita, bahawa syaitan melakukan apa-apa sahaja dalam menjadikan sesuatu dosa itu nampak tidak berdosa bagi kita? Ini terjadi dengan kita menganggap suatu dosa itu "tidak mengapa". Tetapi..jauh di sudut hati yang kecil, kita tetap dapat merasakan perasaan "tidak senang". Ada juga yang menyebutnya sebagai "firasat".

          Seorang ustaz pernah menyebut bahawa biasanya, dosa adalah suatu perkara yang apabila kita melakukannya, kita malu dan takut jika orang lain tahu. Contohnya, kita mencuri, pastinya kita takut kalau-kalau ada orang yang ternampak atau tahu. Inilah perasaan malu. Apabila telah diketahui, mulalah berpeluh-peluh dan panik.

          Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah ikut sukamu.". Ini merupakan satu perlian dan juga petunjuk bagi mereka yang tidak lagi sedar akan dosa mereka. Dalam erti kata lain, mereka yang sudah hilang perasaan malu, mereka akan berani melakukan dosa tanpa merasa takut mahupun segan. Bukankah "malu sebahagian daripada iman"?

          Kita seharusnya menjaga perasaan malu kita pada tempatnya dengan sebaik-baiknya. Dengan perasaan malu itu, kita boleh menjejak dan sedar akan perlakuan dosa yang membahayakan diri kita di akhirat kelak. Tuntasnya, jaga malu, sedar diri dan elakkan dosa. InsyaAllah bahagia~

Tahu & Sedar

"Yela, yela! Aku tahu la. Tak payah nak ckp lagi!!"

Ha..kali ini kita akan melihat. Ada bezakah TAHU dengan SEDAR. Seperti contoh dialog di atas, ramai orang menunjukkan pengeTAHUan yang mantap dalam halal haram agama. Namun begitu, ramai yang tidak SEDAR akan sifat tidak ambil peduli mereka terhadap perkara agama tersebut.

Mari kita lihat contoh ini..ada orang yang TAHU bahawa Allah Maha Melihat, yang maksudnya, Allah sentiasa melihat kita. Tetapi, dia tidak SEDAR akan hakikat dirinya sentiasa dilihat Allah. Umpamanya, dia mencuri sesuatu walhal dia tidak SEDAR yang pada masa itu juga Allah sedang melihatnya dan boleh sahaja jika Allah mencacatkan tangannya pada masa yang sama.

Ramai juga TAHU bahawa meninggalkan solat membawa dosa yang besar. Namun, adakah mereka SEDAR bahawa perbuatan tersebut benar-benar mendatangkan dosa besar? "Ala..sekali sekala aje.." Sekali sekala?? Jangankan kerana sekali itulah, kita terpaksa memijak lantai neraka terlebih dahulu di akhirat kelak..

Di samping itu, ramai juga yang TAHU bahawa ada malaikat yang sentiasa mencatat keburukan dan maksiat yang dilakukan. Tetapi, mereka tetap melakukan yang tidak baik seperti minum arak, berkhalwat, berzina, berjudi..dotdotdot..kerana mereka tidak SEDAR bahawa mereka sedang diawasi dengan ketat daripada pengawasan penjara! Mereka tidak SEDAR yang segala maksiat itu pastinya ditulis dan jika tidak diampunkan..innalillah.

Maka, kerana itulah, kempen keSEDARan selalu diadakan dalam usaha untuk memberi keSEDARan kepada umat manusia. Sejauh mana pula kejayaan kempen-kempen tersebut? Wallahualam.

Kita perlu berusaha membuat diri kita SEDAR akan hakikat kehidupan kita. Apa yang baik? Apa yang buruk? Kita tahu..adakah kita SEDAR?? Ingatlah~

6 TIPS 'JANGAN' BAGI PEMIMPIN

Saidina Umar Abdul Aziz seringkali menangis pada malam hari sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah. Apabila khadamnya menanyakan hal tersebut, beliau menjawab, "Bukan engkau yang akan berhadapan dengan Tuhan di Akhirat kelak. Seluruh anggota tubuh serta apa sahaja yang menjadi milikku, Tuhan akan perhitungkan. Itu pun belum tentu aku akan selamat. Betapalah kini seluruh urusan umat tertanggung di atas bahu aku."

Begitulah sikap pemimpin yang bertaqwa. Taqwa itulah kelayakan paling utama sebagai pemimpin. Taqwa itulah modal utama beliau melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan benar-benar tepat menurut kehendak Allah SWT dan rasulNya. Bermodalkan taqwa itulah maka beliau memiliki anugerah Allah SWT yang sangat mahal. Anugerah itu disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dengan maksudnya:
"Dengan sebab merekalah maka orang lain dibantu. "
"Dengan sebab merekalah maka orang lain diberi rezeki. "

Ertinya bukan sahaja terbatas kepada dirinya yang dibantu oleh Tuhan dalam segala urusan, malah orang lain turut mendapat rahmat, bantuan dan pertolongan dari Tuhan.

Selepas era salafussoleh, persoalan taqwa sudah tersisih daripada kehidupan para pemimpin. Tamadun manusia semakin berkembang tetapi kepentingan taqwa dalam kepimpinan semakin tidak dipedulikan. Apabila keadaan demikian terjadi, pemimpin semakin renggang dari Tuhan, semakin jauh dari Rasulullah SAW. Akibatnya, syariat semakin terbarai dan semakin rosak, kasih sayang semakin pupus. Masyarakat sudah tidak terdidik. Sudah tidak lagi terbangun insaniah, dalam ertikata tidak lagi memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

Pada zaman salafussoleh yang mana tamadun rohani masih tinggi, masyarakatnya rata-rata masih baik, mereka amat takut dengan jawatan dan pangkat khususnya dalam kepimpinan umat. Sesiapa yang berada di tampok kepimpinan, merekalah yang paling cemas dan bimbang. Merekalah yang sentiasa kecut hati berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Tuhan. Kebesaran Tuhan itu benar-benar menjadikan hati mereka sentiasa bergelumang dengan ketakutan. Takut, kerana Maha Besarnya Tuhan itu dengan segala sifat 'Maha'-Nya boleh memusnahkan alam semesta ini dengan sekelip mata saja. Sama sahaja di sisi Tuhan dalam hendak menjadikan seluruh alam ini dengan berkata, "Jadilah!", maka terjadilah segala-galanya.

Keadaan kepimpinan pada zaman salafussoleh itu sudah tidak terjadi lagi pada zaman masyarakat serba rosak ini, yang mana kepimpinan sudah menjadi idaman dan sebutan. Rata-rata golongan yang sangat 'ambitious' kepada kepimpinan itu sudah tidak lagi merasa takut kepada kebesaran Tuhan. Sudah tidak mempedulikan soal Hari Perhitungan. Sudah lupa akan risiko dan beban berat yang bakal ditanggung. Kepimpinan sudah menjadi lubuk kesenangan, kemewahan dan populariti. Keinginan duniawi sangat jelas terbukti dalam kalangan pemimpin itu sendiri yang mementingkan diri, keluarga dan suku-sakat yang sangat diutamakan berbanding khidmat menyelesaikan dan memenuhi urusan masyarakat.

Sebagai pemimpin, Tuhan menjanjikan ganjaran yang amat istimewa seperti disebut oleh Rasulullah SAW dengan maksud, tujuh golongan yang memperolehi naungan Arasy, yang salah satu dari tujuh golongan tersebut ialah pemimpin yang adil. Dalam keterangan hadis yang lain, Rasulullah SAW ada menyebut dengan maksud bahawa keadilan sesaat menyamai ibadah enam puluh tahun. Berdasarkan keterangan Hadis tersebut, terlalu besar perhatian Tuhan terhadap golongan pemimpin. Namun di atas keistimewaan itu perlu diingat bahawa bukan mudah untuk mencapainya. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi amat ketat. Betapa besarnya janji Tuhan bagi mereka yang berjaya, begitulah juga berat dan keras pula ancaman Tuhan bagi mereka yang gagal dalam kepimpinan.

Banyak perkara Jangan yang mesti dihindari oleh para pemimpin. Perkara-perkara Jangan itu tidaklah dipandang berat oleh Allah SWT andainya dilakukan oleh masyarakat biasa atau rakyat jelata. Dengan kata lain, adalah amat cacat sekiranya perkara-perkara ini dibuat oleh para pemimpin. Dalam kalangan masyarakat yang bertaqwa, pemimpin tidak punya apa-apa keistimewaan malah mereka terpaksa mencapai kedudukan: “kebajikan bagi orang-orang abrar (orang soleh) itu merupakan dosa bagi orang mugharrabin (orang yang dekat dengan Tuhan)."

Sebab itulah perkara-perkara Jangan bagi pemimpin mesti dijaga agar kedudukannya terus kekal berbeza dengan rakyat biasa. Antara perkara-perkara Jangan itu ialah:

PERTAMA: Pemimpin Jangan dengan mudah merasa selamat. Di hadapan rakyat, seorang pemimpin itu sentiasa diperhatikan kerana pemimpin itu adalah tempat rujukan dan ikutan rakyat. Manakala di sisi Allah SWT pula, bukan sahaja manusia, terabai tanggungjawab terhadap haiwan pun memungkinkan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Rasa selamat itu ertinya sudah lupusnya rasa kehambaan. Sedangkan seorang hamba itu, hendaklah sentiasa merasai berdosa walaupun dalam keadaan tidak berdosa. Betapalah kalau memang berdosa. Mengekalkan rasa kehambaan yang mendalam itulah yang mendorong seorang pemimpin sentiasa merintih dan mengadu kepada Tuhannya agar sentiasa memberinya petunjuk dan pimpinan.

Rasa kehambaan juga menjadikan seorang pemimpin itu sentiasa bertaubat memohon keampunan. Taubat itu pula merupakan salah satu saluran bantuan Allah SWT. Selain itu, yang lebih penting ialah seorang pemimpin bertanggungjawab membawa manusia kepada Tuhan. Membawa manusia merasai rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Tanggungjawab atau peranan itu tidak akan berkesan kecuali pemimpin itu sendiri memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

KEDUA: Pemimpin Jangan tercabar dengan sebarang kritikan. Anggaplah sebarang kritikan umpama ada orang yang memberitahu bahawa dalam baju kita ada lipan. Sekalipun pemimpin tidak bersalah, terimalah lebih dahulu sebarang kritikan. Wibawa seorang pemimpin akan jatuh sekiranya awal-awal lagi sudah memberi reaksi sembrono, gopoh dan melenting.

KETIGA: Pemimpin Jangan mudah merajuk. Sedari dan fahamilah bahawa masalah manusia tidak akan selesai dunia akhirat. Bertambah tidak selesai, bertambah kusut dan buntu andainya pemimpin membawa diri kerana merajuk. Masalah akan terus terbiar sekiranya pemimpin memilih untuk lari dari masalah.

KEEMPAT: Pemimpin Jangan menutup pintu perbincangan, muzakarah atau berkongsi idea, buah fikiran dan pandangan. Jangan sekali-kali bersikap tidak menerima perbezaan pendapat, Jangan timbul rasa tidak senang terhadap mereka yang memberi pendapat yang bertentangan. Lebih-lebih lagi pantang sama sekali seorang pemimpin itu mencari jalan menghapuskan mereka yang tidak sependapat, ertinya menyamatarafkan mereka sebagai musuh.

KELIMA: Pemimpin Jangan suka diampu. Sikap begini akan menjadikan seseorang pemimpin itu dikelilingi oleh pengampu. Pengampu bukan bererti penyokong dan pengampu juga seringkali tidak jujur. Mereka mempunyai muslihat untuk kepentingan diri. Laporan dari para pengampu ini seringkali kurang tepat. Sekiranya seorang pemimpin itu membuat keputusan dan bertindak atas laporan tidak tepat dari puak pengampu maka akan timbul pelbagai fitnah di dalam masyarakat.

KEENAM: Pemimpin Jangan hanya bersedia terhadap orang atau sesuatu keadaan yang menyenangkan saja, yakni kalau tidak selesa mudah menarik muka dan menarik diri. Kalau tidak sesuai dengan selera dan keselesaan diri maka ditolaknya. Pemimpin yang bersikap begini adalah pemimpin yang lemah, yang tidak berupaya menanggung risiko. Kalau pemimpin tidak mahu mengambil risiko, betapalah rakyat biasa.

Mana-mana pemimpin yang ada pada dirinya perkara-perkara yang tersebut di atas maka dia adalah pemimpin yang ego dan tidak memenuhi syarat sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang begini pasti tidak mendapat pertolongan Tuhan dalam urusan kepimpinannya. Ini kerana dia tidak menghayati tugas dan peranan pemimpin.

Seorang pemimpin itu mestilah dengan penuh sedar bahawa tanggungjawab dan amanah Allah itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam melaksanakan urusan kepimpinan itu, Tuhan mahu melihat sejauh mana kesabaran dan pergantungan kita kepada Tuhan. Manakala kejayaan dalam urusan itu terserah kepada Allah SWT. Terdapat contoh sejarah dalam kalangan para rasul yang Tuhan tegur lantaran sikap kurang sabar, merajuk dan kurang bergantung kepada Tuhan. Contohnya, ialah Nabi Yunus AS. Sedikit sikap merajuk atau kurang sabar Nabi Yunus itu bukanlah sampai terjatuh ke tahap dosa. Hanya sedikit rasa kurang selesa dengan kaumnya yang degil dan menyanggah seruannya. Lantaran itulah maka Nabi Yunus AS ditegur oleh Allah SWT. Teguran Tuhan itu didatangkan dalam bentuk Allah timpakan kesusahan kepada Nabi Yunus yang mana beliau ditelan oleh ikan paus. Kejadian itu menyedar dan menginsafkan Nabi Yunus AS. Lantas Nabi Yunus AS bertaubat tidak putus-putus.

Apabila taubat Nabi Yunus AS itu diterima dan Nabi Yunus AS kembali berserah kepada Tuhan, maka Tuhan keluarkan beliau dari perut ikan tersebut. Sewaktu kaumnya menemui Nabi Yunus AS terdampar di sebuah pantai, keadaan tubuhnya amatlah lemah. Kaumnya menerima Nabi Yunus AS dan memulihkannya. Kaumnya telah mengalami perubahan yang amat ketara. Perubahan kaum Nabi Yunus AS itu berlaku ketika Nabi Yunus AS masih berada di dalam perut ikan. Ertinya perubahan yang berlaku itu tanpa diusahakan oleh Nabi Yunus AS, dan tanpa sebarang penentangan.

Iktibar penting dari peristiwa Nabi Yunus AS dengan kaumnya itu ialah betapa sedikit sahaja tersilapnya seorang pemimpin, maka Allah datangkan kifarah atau denda sebagai penebus dosa. Dan apabila seorang pemimpin itu bersungguh-sungguh memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan, bertaubat, memohon ampun, merintih, merayu dan menyerah diri kepada Tuhan, tanpa diusahakan, Tuhan jadikan masyarakat berubah, betapalah kalau disertakan dengan usaha. Adakalanya kedegilan umat, ingkarnya umat, keras kepalanya, tidak mahu patuh, itu adalah merupakan ‘signal’ dari Tuhan bahawa pemimpin itulah yang sangat perlu memperbaiki dirinya. Apabila Tuhan sudi memandang dirinya maka Tuhanlah yang berhak menunaikan janjiNya melalui perubahan kepada masyarakat.

Beringatlah..6 Jangan bagi pemimpin...