Menjaga kesihatan (macam remeh je ni..)

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh al-Quran antaranya adalah seperti:
1. Bersenam & beriadah.
2. Makan vitamin.
3. Mengawal pemakanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda? InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanannya).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti mengamalkan:

1.  Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya tak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya insyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam al-Quran juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai bahawa di dalam badan ayam terdapat ion (+) manakala di dalam ikan terdapat ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas biokimia yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat (atau mengulum) jari. Begitu juga ahli saintis yang telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di hujung jari-jemari tangan, iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur.

Tuntasnya, amalkanlah kehidupan yang sihat. Kita tidak mahu kehidupan seharian kita terganggu disebabkan penyakit-penyakit hanya kerana kita tidak mengendahkan perkara-perkara yang seakan remeh ini. Sihat wal afiat.

Pahala Selepas Mati

DARIPADA Anas RA, berkata bahawa ada tujuh macam orang yang dapat menerima pahala selepas matinya:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya”.

Marah PENCIPTA??

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu
pulang dan diberikannya kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

     Syaqiq pun bertanya kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual tembikai? Pembeli tembikai? Penanam tembikai? Atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya, "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini! Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

     Menangislah isteri Syaqiq, lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Semoga mendapat iktibar dari kisah ini. InsyaAllah.

~SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN~

SEBELUM TIDUR zzZZZ

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA : Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu manfaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Aisyah RA bertanya : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?”

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu, dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

(Tafsir Haqqi)

SEMUT VS MANUSIA

IMAN SEMUT...

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut,“Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu?”

          Semut pun menjawab,“Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya,“Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

          Jawab semut,“Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan.”

          Nabi Sulaiman pun mencadangkan,“Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

          Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan memasukkannya ke dalam bekas tersebut. Kemudian, Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas tersebut. Selepas itu, Nabi meninggalkan semut tadi di dalam bekas tersebut dengan sebiji gandum selama satu bulan.

          Apabila cukup satu bulan, Nabi Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut,“Kamu rupanya berbohong kepada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu hanya makan setengah.”

          Jawab semut,“Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi apabila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Pada zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali terlebih dahulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

          Sebaliknya, apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar dan Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

          Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di ‘interview’ oleh Munkar dan
Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Selepas itu, penggali tersebut pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya,“Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja mayat di dalamnya masih berhadap kiblat manakala yang 98 lagi sudah beralih kebelakang?". Jawab Imam Suffian,“Pada akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan.”

          Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan sogokan duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.


Kata Saidina Ali kepada Kamil:
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA.
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA.
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN.
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN.

Semalu Pun Tahu Malu, Inikan Pula Perempuan...

Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah RA. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah RA terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

          Fatimah RA mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ, dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah RA terkejut. Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

          Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

          Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

          Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allahu Rabbul Alamin.

          Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

          Ambillah pengajaran dari semalu, walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

"Why do we read the Quran? Even if we can't understand even a single Arabic word.."

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

          One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

          The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

          This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.

          The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

          "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

          "Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Jawapannya Satu Penampar!

Terdapat seorang pemuda yang sudah lama belajar di luar negeri yang kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Suatu hari, beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda    : Apakah Pak imam boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda    : Pak imam yakin? Profesor danbanyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insyaAllah.

Pemuda    : Saya ada 3 pertanyaan... Kalau benar Tuhan itu ada, boleh tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? Apakah yang dinamakan TAKDIR? Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan spontan, Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda    : Saya amat tidak faham...???

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda    : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda    : Ya....

Pak Imam : Tunjukan kepada saya bagaimana wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda    : Tak boleh pak imam...

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya secara zahir.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda    : Tidak....

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda    : Tidak....

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR! Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda    : Kulit dan daging...

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu?

Pemuda    : Kulit dan daging....

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda    : Sakit dan pedih....

Pak Imam : Itulah dia! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

Assalamualaikum~

Dalam mengucapkan ‘assalamualaikum’, ada kaedah yang ditetapkan oleh Islam. Kita disuruh mengucapkannya dengan lemah lembut, tenang dan dengan suara yang tidak terlalu kuat.

Hal berkenaan bertentangan dengan kebiasaan yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Islam yang langsung tidak mengendahkan adab itu. Ada kalanya secara sengaja memanjangkan sebutan ‘kum’ pada penghujung ucapan salam. Selain menjadi satu kesalahan tajwid yang boleh mengubah makna, ia menunjukkan seolah-olah ucapan yang mulia ini tidak dihormati, malah merosakkan fungsi asalnya sebagai satu doa untuk memohon perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah kepada pengucap dan penerimanya.

Di samping itu, salam diucapkan ketika memasuki sesuatu majlis serta ketika keluar daripadanya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda...

"Apabila seseorang daripada kamu tiba dalam majlis, hendaklah dia mengucapkan salam dan apabila bangun daripadanya hendaklah juga mengucapkan salam kerana salam yang pertama itu lebih utama daripada salam yang kedua"

( Hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi )

Jika ucapan mulia ini berterusan menjadi budaya masyarakat, pastilah segala kepincangan dan keruntuhan akan dapat dijauhkan. Hal ini kerana kesejahteraan yang didoakan melalui ucapan salam itu akan sentiasa mengundang rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Seterusnya, membentuk masyarakat Islam yang penyayang dan berbudi pekerti mulia.

Marilah sama-sama kita murnikan kehidupan dan perhubungan kita sehari-hari dengan ucapan agung ini.


Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa

Ikrar Dalam Hidup Kita

Doa Iftitah (Surah Al-An'aam, Ayat 162-163)

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
{162}

"Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku ( di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)" {162}



Kita disunatkan membaca Doa Iftitah setiap kali sblm surah Al-Fatihah pada rakaat pertama dalam solat fardhu lima waktu. Dalam doa tersebut ada tambahan pada permulaannya, kemudian kalimah 'qul' (katakanlah) tidak dibaca serta pada akhirnya diubah 'awwalul muslimin' (orang Islam yang awal pertama) kepada 'minal muslimin' (dalam kalangan orang Islam).
Doa ini sebagai satu ikrar diri kita dalam kehidupan bahawa setiap perlakuan kita, hidup kita, bahkan mati kita adalah semata-mata untuk Allah.
Oleh itu, tetapkanlah niat di hati dengan sebai-baik niat - niat kerana Allah.
Ingatlah.."Sesungguhnya segala amal adalah (bergantung) dengan niat..".

~bersabar & bersyukur~