Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh al-Quran antaranya adalah seperti:
1. Bersenam & beriadah.
2. Makan vitamin.
3. Mengawal pemakanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda? InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanannya).
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti mengamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya tak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya insyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam al-Quran juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai bahawa di dalam badan ayam terdapat ion (+) manakala di dalam ikan terdapat ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas biokimia yang boleh merosakkan
usus kita.
5. Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat (atau mengulum) jari. Begitu juga ahli saintis yang telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di hujung jari-jemari tangan, iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur.
Tuntasnya, amalkanlah kehidupan yang sihat. Kita tidak mahu kehidupan seharian kita terganggu disebabkan penyakit-penyakit hanya kerana kita tidak mengendahkan perkara-perkara yang seakan remeh ini. Sihat wal afiat.
No comments:
Post a Comment