Sampah, sesuai dengan namanya, adalah sesuatu yg dianggap kotor atau mungkin juga tidak begitu kotor tetapi merupakan bahan terbuang, yang tidak diinginkan lagi. Diterangkan maksud sampah ini kerana saya melihat seolah-olah ramai yg tidak faham apa itu sampah. Apabila jelas terlihat papan tanda seperti
..ini pula yang berlaku...
..walhal jelas perkataan DILARANG dan SAMPAH di situ. Mungkin juga ada yg tidak faham maksud MEMBUANG..?
Dalam Islam, kita diajar akan kepentingan kebersihan. Rasulullah SAW pernah bersabda:
Dalam Islam, kita diajar akan kepentingan kebersihan. Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman."
[HR Muslim]
"Sesungguhnya Allah itu bersih, Dia cinta kebersihan."
[HR at-Tarmizi]
Seperti yg telah dinyatakan, sampah ialah sesuatu yg kotor (walaupun mungkin tidak secara jelas dan nyata) dan apabila dibuang merata, ia akan mengotorkan persekitaran. Begitu lemahkah iman kita? Sampah merata-rata, wujud di hampir setiap pelusuk kota!"Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah."[HR Bukhari dan Muslim]
Ajaran Islam datang dgn pelbagai hikmah. Logik akalnya, Islam amat menitikberatkan kebersihan kerana ia dapat menjauhkan kita daripada penyakit, mengelakkan pencemaran udara (bau busuk), mengelakkan pencemaran air (sampah ke longkang ke sungai ke laut), memberikan kita keselesaan (pemandangan yg cantik dan udara segar), dan macam-macam lagi.
Orang Inggeris kata, "Prevention is better than cure" atau Melayunya: "Mencegah lebih baik daripada mengubati". Cuba bayangkan, kalaulah kita dengan sesuka hati membuang sampah merata tempat setiap hari, boleh jadi akan wujud satu penyakit hasil pengumpulan bakteria yang banyak dan pada waktu itu, barulah kita terhegeh-hegeh mahu melancarkan kempen anti-sampah dan rawatan penyakit. Kan senang kalau kita amalkan sahaja membuang sampah ke dalam tong sampah. Lagi terbaik jika kita amalkan mengutip sampah yang kelihatan depan mata. Bak kata ustaz sekolah rendah saya, cara mudah dapat pahala!
Pendek kata, kuatkan iman, tambahkan amalan, jagalah kebersihan.
sebuah video yg berkaitan dari matluthfi90:
gambar2 drpd: iklandepa.blogspot.com; cindurpurnamamerindu.blogspot.com; http://www.flickr.com/photos/wannfardan; archive.tellytube.in; najyasyraf.wordpress.com; herdica.wordpress.com; terengganulening.blogspot.com
Pendek kata, kuatkan iman, tambahkan amalan, jagalah kebersihan.
sebuah video yg berkaitan dari matluthfi90:
No comments:
Post a Comment