Fuh..sabar2.. Jangan baca tajuk je. Kena baca sampai habis dulu. Jangan terus2 label org ekstremis dsb. Kena tahu perkara sebenar dahulu. Ok? Jadi, mari kita teruskan.
berkata baik atau shhhh~ |
- semasa azan -
Apa hukum menghormati azan? Sunat mu'akad (yg dituntut). Maksudnya, tidak berdosa jika tidak menghormatinya (dengan bercakap-cakap). Jika menghormatinya (dengan tidak bercakap-cakap dan menjawab azan), akan beroleh pahala. *haa..pahala! Takmau ke?*
Ada juga hadith yg menyatakan bahawa jika kita berkata-kata semasa azan, Allah akan kelu-kan lidah kita semasa ajal. Nauzubillah..itu merupakan antara mimpi-mimpi buruk seseorang ketika ajal.. Namun begitu, terdapat perbincangan yg menyatakan hadith tersebut dhaif (lemah/palsu). Oleh itu, ia tidak dapat dijadikan bahan sokongan dlm perbincangan ini.
Saya ada baca sebuah kisah dahulu di mana seorang yg tidak begitu alim tetapi sentiasa menghormati azan telah diberi ganjaran oleh Allah SWT. Kalau saya terjumpa saya postkan ya. Yang saya boleh ceritakan ialah mengenai guru sekolah saya. Beliau seorang bukan Islam, tetapi setiap kali azan berkumandang ketika beliau sedang mengajar, beliau akan senyap sehingga tamat azan (dan pada masa yg sama, rakan-rakan seIslam pula yg bercakap-cakap....). Kalaulah org bukan Islam boleh hormat, mengapa tidak kita?
Perlu dijelaskan juga bahawa, jika pada waktu azan berkumandang itu, kita ada keperluan yg lebih besar utk berkata-kata, contohnya: Sebuah kereta meluru ke arah kawan, anda pula jauh darinya..jeritlah sekuat hati utk keselamatannya. Contoh 2: Seorang guru yg sedang mengajar, boleh meneruskan sesi pengajarannya kerana dia telah dibayar utk menggunakan masanya utk mengajar. Oleh itu, hukum utk mengajar itu lebih berat daripada menhormati azan.
Contoh alasan yg tidak diterima: Lagu yg bermain sekali sahaja sehari dimainkan di radio semasa azan berkumandang. *come on lah*
Itu yg pertama.. Yang kedua pula,
- semasa khutbah -
Perhatikan petikan-petikan hadith berikut:
Dari Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: "Jika engkau berkata kepada sahabatmu, 'Diamlah!' apabila imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya perkataan itu menghilangkan pahala Jumaat."[HR Muslim]
“Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari jumat, 'Diamlah,' sementara imam sedang memberikan khutbah, maka sungguh kamu sudah berbuat sia-sia."
[HR Bukhari]
Ada seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW yang sedang berkhutbah di hadapan manusia pada hari Jumaat. Maka baginda bersabda kepadanya, “Duduklah. Sungguh, kamu telah mengganggu dan membuat orang lain terlambat.”
[HR Ahmad]
Dari Abu Darda' RA dia berkata: "Nabi SAW sedang berkhutbah kepada manusia, kemudian baginda membacakan sepotong ayat. Ketika itu aku berada di samping Ubayy bin Ka'ab, maka aku bertanyakan kepadanya: 'Wahai Ubayy, bilakah ayat ini diturunkan?' Akan tetapi dia enggan berbicara denganku, maka aku mengulangi pertanyaanku dan dia masih enggan berbicara denganku, sehinggalah Nabi SAW turun (dari mimbar). Kemudian Ubayy mengatakan kepadaku: Engkau tidak memperoleh apa-apapun dari (solat) Jumaatmu melainkan perkataan-perkataan yang sia-sia. Selepas solat, aku menemui Nabi SAW dan mengadukan kepadanya tentang peristiwa tadi. Lantas Baginda bersabda: 'Ubayy benar, apabila engkau mendengar imam berkhutbah maka dengarlah dan diamlah sehingga habis dia khutbahnya'."
[HR Ahmad]
Kesimpulannya, dalam Islam, kita diajar utk mengawal diri dan juga memberi fokus kepada seruan Ilahi dan nasihat-nasihat ke arah kebenaran. Jadi apalah kiranya, jika kita meluangkan sedikit masa memberhentikan bicara utk Allah SWT dan..lepas tu nak cakap sangat cakaplah!haha
gambar2 drpd: flykaty.com & hambapenyelamat.blogpsot.com
Sila rujuk hukum bercakap semasa azan. Ulama juga bercanggah pendapat kerana tiada nas yang sahih. Jangan menulis mengikut pendapat sendiri tidak semena-mena menyesatkan orang lain.
ReplyDelete