*ibtimes.com |
Dunia (atau sekurang-kurangnya siapa yg baca suratkhabar) telah dikejutkan dgn sebuah insiden yg dahsyat yakni pembunuhan 90+ remaja dan 90+ lagi cedera di sebuah pulau di Norway. Tahukah anda salah satu reaksi pertama apabila tersebarnya berita tersebut?
"Ni mesti ekstremis Islam nih..terrorist!"
Wah2..pantas sahaja menuduh. Dan akhirnya terbukti org tersebut bukanlah muslim pun malah anti-muslim..
Kasihan sungguh kpd remaja-remaja yg telah tertipu dan terbunuh oleh penjenayah tersebut. Utk maklumat lanjut, baca lah kedua-dua link di atas (maaf dalam bahasa Inngeris..itu yg saya jumpa..).
Namun begitu, di sini kita bukanlah ingin berbincang panjang lebar mengenai isu tersbeut. Kali ini, insyaAllah kita akan berbicara mengenai EKSTREMIS. Haa..perkataan yg hangat diperkatakan dan dipergunakan dalam pelbagai situasi di merata tempat. Dan selepas itu, timbul pula panggilan utk mengamalkan 'Islam sederhana'. Baiklah, mari kita ulas sedikit perkara ini.
Pertama sekali, mengenai Islam..Islam adalah agama yg sederhana secara naturalnya atau secara lahiriahnya. Apa buktinya??
1. Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Cara makan. Cara minum. Cara berpakaian. Cara berinteraksi. Ia satu cara hidup. Apabila kita mengambil kira semua aspek kehidupan, kita tidak boleh melebihkan yg satunya dan melupakan yg lain. Kita perlu seimbang..sederhana! Bukannya solat 24 jam semata-mata..bukan pada satu aspek kehidupan sahaja.
2. Terdapat hadith-hadith seperti berikut:
“Telah binasa orang-orang yang berlebihan.” Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali.
[HR Muslim]
“Hati-hatilah kalian dari sikap ghuluw (berlebihan dan melampaui batas) dalam menjalankan agama ini, karena sesungguhnya sesuatu yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah sikap ghuluw dalam menjalankan agama.”
[HR Ahmad, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah]
Cukuplah dua poin tersebut mengenai kesederhanaan Islam.
Persoalan kedua pula ialah, siapakah sebenarnya yang digelar ekstrimis (dalam BI, extremist)? Jawapannya terdapat dalam video ini (ia dalam bahasa Inggeris juga).
Dalam video tersebut, Baba Ali telah melakonkan watak seorang lelaki ingin membeli daging. Lelaki tersebut telah bertanya sama ada daging itu halal. Tidak puas hati dengan jawapan pertama, dia telah bertanyakan asal usul daging itu sehingga mendapatkan nombor telefon penternak yg telah menjual daging itu. Dia pun menelefon penternak tersebut dan brtnyakan pelbagai soalan termasuklah menyuruhnya mengucapkan syahadah mmbuktikn kebenaran Islamnya dan keadaan lembu yang dipeliharanya..tidakkah itu melebih-lebih? Takkan la sampai nak tanya perasaan hidup lembu yang telah disembelih...?
Dan itulah contoh seseorang yg ekstrimis. TETAPI..ini bukanlah utk memudahkan kita melabel org lain. Ini adalah supaya kita menjauhkan diri dari termasuk ke dalam golongan yg 'berlebihan dalam agama'. Sekian. ^^
Eh2..kejap3..saya hampir terlupa. Sesuatu yg berkenaan "Extremist/Terrorist" juga: Because He Is A Muslim. Sesuatu yg boleh direnung-renungkan. :D

No comments:
Post a Comment