Tadabbur: Apa maksudnya?

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?"
[Surah 23: al-Mu'minun, Ayat 68]
Di dalam ayat tersebut, Allah SWT menimbulkan suatu pertanyaan menggunakan huruf 'alif' yg biasanya digunakan utk memperbodohkan seseorg. Dalam hal ini, persoalan tersebut ditujukan kpd 'mereka' yakni orang-orang yg ingkar (lihat ayat-ayat sebelumnya).

Di dalam persoalan tersebut, terdapat perkataan 'yaddabbaru' (yg diterjemah sbg 'memperhatikan'). Perkataan ini berasal dari perkataan 'tadbir' yg sama dengan 'pentadbiran'. Kalimah 'al-qaul' (yg diterjemah sbg 'perkataan') bermaksud al-Quran. Maka, persoalan tersebut boleh ditulis sebagai, "tidakkah mereka mentadbirkan al-Quran?" Tadbir di sini ertinya utk menggunakan sesuatu itu bagi mencapai suatu matlamat. Membaca al-Quran itu matlamatnya adalah utk memahami dan menjadikannya panduan dalam kehidupan kita.

Seperti dalam menggunakan sebuah perkakas yg baru, kita diberi satu buku panduan atau taklimat yg boleh digunakan untuk mencapai satu matlamat: menggunakan perkakas tersebut dgn sebaiknya. Dan dalam kehidupan ini, kita tidak diberikan buku taklimat selain daripada al-Quran yg merupakan panduan terbaik bukan sahaja utk kehidupan di dunia ini malah juga utk kehidupan di akhirat kelak.


Mentadabbur (sama maksud dengan tadbir dan yaddabbaru) atau mentadbir al-Quran memerlukan kita utk melakukan lebih dprd hanya membaca al-Quran dengan laju dan mengkhatamkannya dengan sebanyak-banyaknya. Berbeza sekali kita (orang yg kurg mahir bahasa Arab) dengan mereka yg menggunakan bahasa Arab secara terang, jelas dan nyata (orang Arablah senang nak kata), mereka ini apabila membaca al-Quran sama seperti kita membaca buku teks Melayu (bagi yg sama cakap Melayu seperti sayalah). Kita pula yg kurang (atau tidak) berbahasa Arab, hanya dapat melagukannya jika hanya membaca. Apa gunanya jika membaca al-Quran tetapi perangai buruk tetap tidak berubah-ubah? Di mana kebaikannya jika selalu membaca al-Quran tetapi tidak takut melakukan larangan-larangan yg jelas ditunjukkan di dalam al-Quran? Maka di sini, pembacaan al-Quran kita tidak mencapai matlamat.

Satu cara yg baik ialah membaca terjemahan al-Quran sebaik membaca ayat-ayatnya. Contohnya, selepas membaca satu mukasurat. Banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh difahami dengan mudah sendiri seperti "janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk" dan seumpamanya. Namun, jika terdapat ayat-ayat yg sukar difahami, takut disalahfahami atau ingin difahami dgn lebih mendalam, boleh sahaja merujuk kpd tafsir al-Quran yang masyhur seperti Tafsir Ibnu Kathir atau mendengar ceramah tafsir Quran seperti di laman web TafsirTv. Pada masa kini, sangat banyak kemudahan utk kita menimba ilmu yg tidak lagi memerlukan kita bersusah-payah bermusafir di perantauan. Maklumat di hujung jari.


Membaca al-Quran sememangnya dapat membersihkan jiwa dan menambahkan pahala. Namun, dapatkah kita memperoleh hikmah maksima al-Quran dengan sekadar mambaca sahaja? Adalah terbaik bagi kita untuk membaca, mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan panduan yg ditunjukkan di dalam al-Quran untuk mencapai suatu matlamat: keredhaan Ilahi.

diadaptasi daripada ceramah Ustaz Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor


gambar drpd: kampusqurani.blogspot.com & techmynd.com

No comments:

Post a Comment