Tanda Tidak Khusyuk Solat



“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”
[Surah 23: Al-Mukminun, Ayat 1-2]

Solat itu tiang agama. Solat 5 waktu rukun Islam kedua. Solat menjadikan kita orang yang berjaya. Sedarkah jika ada kekurangan dalam kita melaksanakannya?

Khusyuk merupakan satu topik yang penting dalam ibadah solat. Seolah-olah apabila kita berkomunikasi dengan seseorang, pastinya kita perlu memberikan perhatian terutamanya untuk menujukkan rasa hormat. Bayangkan apabila sedang dalam sebuah interview untuk mendapatkan kerja, mestilah kita perlu berikan perhatian kepada interviewer. Mungkin boleh juga kita andaikan bahawa solat itu interview untuk masuk syurga? Dan orang yang khusyuk itulah antara yang berjaya.

Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menunjukkan satu petanda menarik sama ada kita khusyuk atau tidak dalam solat. Ya, memang kita selalu belajar dalam sekolah agama atau Pendidikan Agama Islam di sekolah tentang khusyuk dalam solat. Tetapi petanda ini rasanya antara yang mudah untuk kita tatapi. Firman Allah,


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."
[Surah 2: Al-Baqarah, Ayat 45-46]
Daripada ayat suci ini, Allah menerangkan kepada kita bahawa solat itu sangat berat kecuali kepada mereka yang khusyuk. Petanda bukan? Cuba kita perhatikan diri kita. Apabila masuknya waktu, apa kita rasa?

"Wah dah azan, solat2!"

atau

"Adoi, dah azan..kena la solat.."

Beza kan? Marilah muhasabah diri, renung2kan hati..adakah kita merasa berat untuk menunaikan amanahNya ini? Khusyukkah kita dalam solat? Jika ya, alhamdulillah..teruskan. Jika tidak, marilah kita perbaiki amalan.

Marilah menuju kejayaan! :D



gambar drpd: http://akmal-al-ansbakhi.blogspot.com/2009/02/khusyuk-dalam-solat-tuan-guru-dato-nik.html

2 comments:

  1. Salam Tuan Blogger,

    Is there any way that I can contact you?

    Regards,

    Muaz
    muaz.khair@outlook.com

    ReplyDelete
  2. Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu (blog tazkirah peringatan)yang ada pada kami

    ReplyDelete