Muhasabah Diri

  Para pakar motivasi selalu mengajar bahawa "kita adalah apa yang kita fikirkan" atapun yang "jika kau fikirkan kau boleh.." tu. Dari segi psikologi, memang betul pun. Seseorang manusia itu bertindak menikut apa yang selalu difikirkannya dan keyakinan dirinya. Itu sebab orang yang yakin dia akan berjaya selalu berjaya. Jadi, apa pula kata Islam?
“Hitunglah (muhasabahlah) dirimu sebelum kamu dihitung.” (Saidina Umar al-Khattab)
  Sebenarnya, Islam telah mengajar kita awal-awal lagi mengenai ini! Di mana?? Di dalam amalan muhasabah diri. Islam menggalakkan kita bermuahasabah diri setiap malam (ustaz-ustaz saya ajar). Sewaktu bermuhasabah diri, kita perlu fikirkan perkara-perkara berikut:
1. Apakah perkara baik yang telah aku lakukan?
2. Apakah perkara buruk yang telah aku lakukan?
3. Apakah yang perlu aku perbaiki?
4. Apakah yang aku kehendaki dari hidup ini?
5. apa-apa lagi yang releven boleh ditambah..
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan..” (Surah al-Hasyr: ayat 18)
  Soalan 4 itu sebenarnya sangat berkuasa. Kuasanya ialah menetapkan pola pemikiran atau 'mindset', dan juga fokus. Orang yang berjaya ialah orang yang mempunyai 'mindset' dan fokus yang tinggi. Manusia akan selalu memerhatikan dan menyedari akan perkara-perkara yang dimahukannya. Oleh itu, jika seseorang itu jelas menginginkan kebaikan, dia akan selalu menyedari dan nampak akan peluang-peluang yang ada untuk melakukan kebaikan. Sama juga seperti mereka yang ingin melakukan kejahatan. Contohnya, dikatakan bahawa orang yang mencuri selalunya melakukan perkara tersebut apabila peluangnya kelihatan. Dan orang yang nampak peluang tersebut biasanya adalah orang yang mempunyai penyakit dalam hati dan mindanya (ingin mencuri).
 “Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian.”(Ibun al-Qayyim)
  Maka, di sini muhasabah diri memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja dalam memperbaiki diri tetapi juga untuk memastikan kita menjadi seorang yang berjaya, di dunia dan di akhirat. InsyaAllah~
"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri..” (Surah ar-Ra’du: ayat 11) 

gambar drpd: http://nickamiershah.blogspot.com/ 

Kita sebenarnya baik :D

MasyaAllah..lama pula tak post. Mari-mari, saya nak ceritakan sesuatu..


Dalam jangka masa hidup yg agak pendek ini, saya telah merasai sesuatu. Apa dia? Mungkin juga perasaan ini sama dengan ramai lagi insan-insan lain yang bertuah di luar sana. Begini...saya telah melakukan perkara-perkara yang boleh juga dikategorikan sebagai maksiat atau sia-sia (tetapi tidaklah saya ingin membongkarkan semua itu di sini kerana Allah SWT melarang perbuatan itu. Lihat http://bincang.net/forum/showthread.php?75159-jangan-sebar-aib-orang-jangan-buka-aib-sendiri&p=1595469&viewfull=1). Namun, apabila saya membaca artikel-artikel agama, berbincang-bincang tentang agama dan mendengar nasyid Islam (dah selalu sangat dengar lagu yang macam-macam..), pendek kata melakukan perkara yang baik, tenang. Rasa tenang dan nikmat! Mungkin ini termasuk dalam kemanisan iman yang dikatakan itu? Apabila seseorang menghayati dan memahami serta mengamalkan Islam, dia akan dapat merasai sesuatu yang menggembirakan yakni kemanisan di hati. Jadi ini membuatkan saya terfikir, betul apa yang diajar: Manusia pada dasarnya dilahirkan di dunia ini dengan hati yang sukakan kebaikan. Pendek kata, Kita Sebenarnya Baik!

Dalam buku teks Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah tingkatan 4 (kalau tersilap, tolong betulkan), hati manusia dikatakan mempunyai satu lumrah yang telah wujud sejak wujudnya manusia itu. Itulah lumrah menyukai kebaikan. Sebenarnya ramai orang yang memeluk agama Islam setelah merasai nikmat bertaubat dan menjauhi maksiat. Mereka suka hidup dalam kebaikan, melihat kebaikan dan melakukannya sama. Di sini saya beri pautan ke artikel yang mungkin boleh dijadikan contoh kepada apa yang cuba saya sampaikan:

http://www.dailymail.co.uk/femail/article-1324039/Like-Lauren-Booth-ARE-modern-British-career-women-converting-Islam.html

Ini pula satu senarai beberapa insan yang memeluk agama Islam:

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_converts_to_Islam

Maaf jika kurang faham kedua-dua isi tersebut kerana dalam bahasa Inggeris. Tidak mengapa, yang penting, di sini saya ingin berkongsi bahawa kita akan lebih tenang dan gembira apabila melakukan kebaikan. Mengapa ya? Mungkin sekali, ini adalah nikmat yang telah Allah SWT janjikan iaitu apabila seseorang melakukan kebaikan, Allah SWT akan menambah nikmatnya, termasuklah nikmat ketenangan jiwa. Keduanya, apabila kita menggembirakan orang lain, kita juga insyaAllah akan gembira. Selain itu, dari sudut aspek perkara ghaib, pahala yang kita perolehi dan dosa yang dihapuskan juga mungkin menyebabkan kita berasa lebih tenang. Bukankah dosa itu seperti titik hitam yang menggelapkan hati? Bersihkan dan suburkanlah hati kita dengan kebaikan! InsyaAllah kita akan rasai kebahagiaannya.

terima kasih kpd www.iluvislam.com

Sekian sahaja. Semoga dapat sesuatu yang bermanfaat~ ^_^