IMAM Al-Ghazali pernah berkata, mereka yang bersifat ego tidak segan silu menghina orang lain sama ada di depan khalayak atau belakang serta menolak kebenaran dan nasihat baik yang diajukan kepadanya.
Ibnu Mas'ud juga pernah berkata yang maksudnya: "Cukuplah seseorang itu dianggap telah berdosa apabila dikatakan kepadanya: bertakwalah kamu kepada Allah, lalu ia menjawab, ‘jagalah dirimu sendiri (jangan jaga tepi kain orang)’. Sikap demikian melambangkan sikap ego."
Antara punca seseorang itu bersikap ego dan bongkak ialah ilmu pengetahuan yang banyak dimiliki seseorang. Kalau tidak dikawal hatinya dengan sifat rendah diri (tawadu’), dia boleh bersikap sombong dengan ilmunya.
Inilah antara bahaya yang amat besar dan ditakuti oleh Rasulullah SAW iaitu bertambah ilmu, bertambah pula egonya. Punca lain yang boleh membawa kepada sifat ego ialah kelebihan daripada segi amal ibadah.
Seseorang yang sedar ia mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu dan amalannya tidak mudah untuk mengawal hatinya daripada dihinggapi perasaan ego.
Jika tidak dikawal, seseorang itu akan merasa dirinya sempurna daripada orang lain dan sentiasa merasa senang hati apabila ia disebut sebagai seorang yang banyak beramal dan banyak beribadah.
Di mana sahaja dia pergi, sentiasa diberi perhatian dan keutamaan dan hal ini menyebabkan lama-kelamaan akan bertambah egonya kerana berasa diri mempunyai kelebihan.
Berasa diri cantik dan mempunyai kelebihan dari segi keturunan serta harta juga boleh membangkitkan ego seseorang.
Sifat ego adalah sifat yang membinasakan dan tiada seorang makhluk pun akan terlepas daripada sifat berkenaan kecuali dia mendekatkan diri dengan Allah.
Manusia harus sedar bahawa kita dijadikan Allah daripada air yang hina dan Allah yang kemudiannya menentukan bentuk yang sepadan dengannya.
Ini jelas dinyatakan dalam surah ad-Dhar ayat kedua dan ketiga yang bermaksud: "Dari setitis mani yang bercampur (kami jadikannya), lalu kami mengujinya, Maka kami jadikannya orang yang dapat mendengar dan dapat melihat. Sesungguhnya kami juga menunjukkan jalan kepadanya. Adakalanya manusia itu menjadi orang yang tahu berterima kasih dan ada kalanya ia menjadi orang yang tidak tahu berterima kasih."
Kita harus sedar bahawa tiada manusia yang lebih mulia di sisi Allah kecuali orang yang bertaqwa tanpa mengira kaya, miskin, berpangkat atau sebagainya.
Sebenarnya, Islam memandang sikap ego, sombong, bongkak dan besar kepala sebagai sifat mazmumah dan menjadi batu penghalang untuk ke pintu syurga.
Penyakit ego adalah punca timbulnya penyakit jiwa lain yang bukan sahaja boleh mengganggu keseimbangan jiwa dan fikiran seseorang, malah boleh membawa bencana kepada masyarakat jika tidak dikawal dan diubati.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sifat ego walaupun sebesar zarah."
Allah juga mencela sifat ego seperti dalam firmannya dalam Surah An-Nahl ayat 23 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang bersifat ego."
Allah berfirman lagi dalam Surah al-Mukmin ayat 60 yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang bersifat ego (menyombong diri) daripada menyembah Aku, mereka akan masuk ke dalam neraka jahanam dan menderita kehinaan di dalamnya."
Maka, perlulah kita sedar apabila terasa ego dan beristighfar dan menjauhinya sejauh-jauhnya. Bukankah iblis dijanjikan neraka kerana ego? Ingat-ingatlah~
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
(Surah 3: Ali Imran, Ayat 7)
10 Perangkap Syaitan
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' (An-Nisa', 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.
Apabila syaitan sudah bermaharajalela dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah SWT kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah SWT.
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: ``Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl, 23)
4. Melalui sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5. Melalui sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: ``Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim)
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)