Marah PENCIPTA??

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu
pulang dan diberikannya kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

     Syaqiq pun bertanya kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual tembikai? Pembeli tembikai? Penanam tembikai? Atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya, "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini! Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

     Menangislah isteri Syaqiq, lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Semoga mendapat iktibar dari kisah ini. InsyaAllah.

~SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN~

No comments:

Post a Comment