Kagum

Alhamdulillah, setelah 3 hari menanti, akhirnya tiba masa untuk membuat pemeriksaan semula ujian mentox seterusnya melengkapkan pemeriksaan kesihatan yang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia perlukan. Hari Jumaat adalah hari kejadian. Maka, saya sebagai muslim pastinya akan perlu ke masjid untuk melaksanakan solat yang jika ditinggalkan 3 kali berturut-turut boleh diklasifikasi sebagai kufur (tapi ingat, bukan kita yang patut melabel orang. Itu kerja Tuhan).

Saya bertolak bersama 4 lagi orang rakan. Seorangnya memiliki kereta yang menjadi kemudahan utama ke hospital sasaran. Keempat-empat mereka merupakan rakan-rakan bukan Islam. Kami bertolak pada jam 12 tengahari selepas selesai kelas dan urusan lain. Setelah tiba di hospital tersebut, kami pun melaporkan diri dan menunggu giliran masing-masing. Apabila selesai giliran dan pemeriksaan, saya tunggu pula yang lain. Sambil menunggu, saya berbincang dengan salah seorang rakan tersebut..

Saya: So lepas ni mcm mana?
Rakan: Hmm..lepas ni kau solat jumaat kan?
Saya: Rasa lapar.. :P
Rakan: Solat la dulu. Lepas tu kita makan sama-sama.

Saya senyum dan dalam hati, saya berasa sungguh kagum dengan kata-kata rakan itu. Walaupun dia seorang bukan Islam, dia memahami prioriti solat jumaat bagi orang Islam dan juga mengakui dengan memberi galakan ke arah tersebut. (Bukanlah nak kata saya tak ingat solat jumaat tu..saje je cakap dengan dia begitu). Haa..berbalik semula kepada kata-kata rakan saya itu, bagaimana pula dengan orang Islam sendiri? Saya pernah menyaksikan dan mendengar baaanyak pendirian yang berbeza.

"Alaa..khutbah tak dengar pun takpe..kita makan jela dulu."

"Tak boleh tiga kali kan? Baru sekali ok lagi la.."

"Lek2 la der.."

dan macam-macam lagi. Apapun, saya ingin mengatakan di sini, saya kagum dan ia menjadi suatu pengajaran yang baik bagi saya. Anda pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment