Persoalan & Jawapan

Apabila kita perhatikan, sebenarnya ramai orang memberikan persoalan (termasuk alasan/bantahan) yang sama apabila menerima perinagtan atau teguran daripada sesiapa terutamanya mereka yang berusaha berdakwah. Maka, di sini, saya sertakan jawapan2 yg insyaAllah releven..
*terima kasih bookblogbusiness.com

Persoalan: Ala..kau tu buat jugak!
Jawapan: Ada ke Allah kata, "Jika org lain buat, kau pun boleh buat juga." Tak pernah pula dengar..
Jawapan 2: Kalau ada orang nak makan najis, anda nak buat juga?
Jawapan 3: Walau mcmana sifat seseorg, dia tetap wajib berdakwah jika dia org Islam. Mcm solat la, walaupun org tu suka buat dosa, kewajipan solat tetap tak gugur.

Persoalan: Siapa kau nak tegur2 aku ni ha?
Jawapan: Aku kawan (atau saudara seIslam) kau jadi ini la tanggungjawab sesama sahabat/saudara.

Persoalan: Mana boleh berubah cepat2. Kena slowly.
Jawapan: Kalau kau mati esok? Macamana nak jwb dgn Allah? Tak cukup masa untuk berubah?

Persoalan: Itu Nabi Muhammad (SAW). Dia maksum. Aku manusia biasa yg byk kelemahan. Macamana nak ikut baginda?
Jawapan: Jadi salah la Allah suruh kita contohi Rasulullah SAW? Allah Maha Mengetahui.
Jawapan 2: Baginda pun manusia juga & pernah buat salah serta ditegur Allah.
Jawapan 3: Sahabat-sahabat baginda pun manusia juga tapi dpt ikut juga.

Persoalan: Kita kena faham, org zaman skrg lain. (biasanya apabila berbicara ttg hukum dlm Quran)
Jawapan: Kau nak kata Allah tak memahami? Allah yang Maha Memahami. Allah juga pencipta. Mestilah pencipta lebih faham akan ciptaannya.

Persoalan: Ada aku baca kat satu blog ni ATAU ada senior aku beritahu..dia kata begini & begini. (tentang sesuatu yg bercanggah dgn kata-kata ulama sprt Imam Syafi'e)
Jawapan: Cuba tgk siapa yg tulis & apa sumber2 penulisan dia.
Jawapan 2: Ulama-ulama tu dah hafal al-Quran dan beribu-ribu hadis beserta tafsirnya sekali. Macamana org yg baru di sekolah/universiti/alam kerja boleh kata dia salah?

Persoalan: Aku taknak tunjuk baik sangat. Nanti orang kata macam2.
Jawapan: Jadi kau lebihkan pandangan manusia drpd pandangan Allah?

Persoalan:
Ala..kubur nanti lain2. Jadi kau buat apa risau.
Jawapan: Allah ada berfirman dalam al-Quran, "Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: 'Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?' Mereka menjawab: 'Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.'
Mksdnya secara ringkas, kenapa kau nasihat org walaupun kau tahu dia tak akan dengar cakap kau? Dan ini la jwpn yg Allah suruh berikan, "Supaya terlepas tanggungjawab dengan Allah". Bermakna, wlaupun kubur kita lain2, aku tetap akan ditanya tentang kau dan ini la caranya aku nak selesaikan tanggungjawab aku tu.

Ada banyak lagi sebenarnya. Tetapi penulis tidak teringat semuanya. Mungkin anda juga ada? (bukan persoalan hukum2 agama ya) Jika ada persoalan & kesilapan, sila la komen di bawah, insyaAllah mana yg mampu, kita bincangkan. Jangan emo2 ya. Kita berbicaralah elok2. :D

No comments:

Post a Comment