Salam Aidilfitri!

Walaupun Ramadhan sudah berlalu, jangan amalan kita sama begitu. Teruskan beribadah demi keredhaan Ilahi dan kejayaan bersama di dunia dan akhirat! ^^

Semoga kita ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Tadabbur: Apa maksudnya?

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?"
[Surah 23: al-Mu'minun, Ayat 68]
Di dalam ayat tersebut, Allah SWT menimbulkan suatu pertanyaan menggunakan huruf 'alif' yg biasanya digunakan utk memperbodohkan seseorg. Dalam hal ini, persoalan tersebut ditujukan kpd 'mereka' yakni orang-orang yg ingkar (lihat ayat-ayat sebelumnya).

Di dalam persoalan tersebut, terdapat perkataan 'yaddabbaru' (yg diterjemah sbg 'memperhatikan'). Perkataan ini berasal dari perkataan 'tadbir' yg sama dengan 'pentadbiran'. Kalimah 'al-qaul' (yg diterjemah sbg 'perkataan') bermaksud al-Quran. Maka, persoalan tersebut boleh ditulis sebagai, "tidakkah mereka mentadbirkan al-Quran?" Tadbir di sini ertinya utk menggunakan sesuatu itu bagi mencapai suatu matlamat. Membaca al-Quran itu matlamatnya adalah utk memahami dan menjadikannya panduan dalam kehidupan kita.

Seperti dalam menggunakan sebuah perkakas yg baru, kita diberi satu buku panduan atau taklimat yg boleh digunakan untuk mencapai satu matlamat: menggunakan perkakas tersebut dgn sebaiknya. Dan dalam kehidupan ini, kita tidak diberikan buku taklimat selain daripada al-Quran yg merupakan panduan terbaik bukan sahaja utk kehidupan di dunia ini malah juga utk kehidupan di akhirat kelak.


Mentadabbur (sama maksud dengan tadbir dan yaddabbaru) atau mentadbir al-Quran memerlukan kita utk melakukan lebih dprd hanya membaca al-Quran dengan laju dan mengkhatamkannya dengan sebanyak-banyaknya. Berbeza sekali kita (orang yg kurg mahir bahasa Arab) dengan mereka yg menggunakan bahasa Arab secara terang, jelas dan nyata (orang Arablah senang nak kata), mereka ini apabila membaca al-Quran sama seperti kita membaca buku teks Melayu (bagi yg sama cakap Melayu seperti sayalah). Kita pula yg kurang (atau tidak) berbahasa Arab, hanya dapat melagukannya jika hanya membaca. Apa gunanya jika membaca al-Quran tetapi perangai buruk tetap tidak berubah-ubah? Di mana kebaikannya jika selalu membaca al-Quran tetapi tidak takut melakukan larangan-larangan yg jelas ditunjukkan di dalam al-Quran? Maka di sini, pembacaan al-Quran kita tidak mencapai matlamat.

Satu cara yg baik ialah membaca terjemahan al-Quran sebaik membaca ayat-ayatnya. Contohnya, selepas membaca satu mukasurat. Banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh difahami dengan mudah sendiri seperti "janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk" dan seumpamanya. Namun, jika terdapat ayat-ayat yg sukar difahami, takut disalahfahami atau ingin difahami dgn lebih mendalam, boleh sahaja merujuk kpd tafsir al-Quran yang masyhur seperti Tafsir Ibnu Kathir atau mendengar ceramah tafsir Quran seperti di laman web TafsirTv. Pada masa kini, sangat banyak kemudahan utk kita menimba ilmu yg tidak lagi memerlukan kita bersusah-payah bermusafir di perantauan. Maklumat di hujung jari.


Membaca al-Quran sememangnya dapat membersihkan jiwa dan menambahkan pahala. Namun, dapatkah kita memperoleh hikmah maksima al-Quran dengan sekadar mambaca sahaja? Adalah terbaik bagi kita untuk membaca, mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan panduan yg ditunjukkan di dalam al-Quran untuk mencapai suatu matlamat: keredhaan Ilahi.

diadaptasi daripada ceramah Ustaz Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor


gambar drpd: kampusqurani.blogspot.com & techmynd.com

Sampah Sana Sini

Beberapa hari yang lalu, dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah, saya telah berkunjung ke bazaar yang meriah dikunjungi mereka yg juga sama-sama berpuasa, alhamdulillah. Namun, sebaik sahaja tiba di kawasan berdekatan, di sebalik pokok-pokok renek di kawasan sekitar bazaar, terhias pelbagai jenis rupa, bau dan warna sampah. Cawan plastik berisi air berwarna biru, kertas pembalut burger, penyedut minuman, tisu, pembalut gula, serpihan suratkhabar, tisu lagi..macam-macam ada! Mungkin pengunjung yang membuangnya? Mungkin penjual sendiri? Mungkin juga mereka yg lalu-lalang? Itu bukan persoalan utama. Yang paling penting ialah kenapa masih ramai (orang Islam) suka membuang sampah merata?

Sampah, sesuai dengan namanya, adalah sesuatu yg dianggap kotor atau mungkin juga tidak begitu kotor tetapi merupakan bahan terbuang, yang tidak diinginkan lagi. Diterangkan maksud sampah ini kerana saya melihat seolah-olah ramai yg tidak faham apa itu sampah. Apabila jelas terlihat papan tanda seperti


..ini pula yang berlaku...



..walhal jelas perkataan DILARANG dan SAMPAH di situ. Mungkin juga ada yg tidak faham maksud MEMBUANG..?

Dalam Islam, kita diajar akan kepentingan kebersihan. Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman."
[HR Muslim]
"Sesungguhnya Allah itu bersih, Dia cinta kebersihan."
[HR at-Tarmizi]
"Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah."
[HR Bukhari dan Muslim]
Seperti yg telah dinyatakan, sampah ialah sesuatu yg kotor (walaupun mungkin tidak secara jelas dan nyata) dan apabila dibuang merata, ia akan mengotorkan persekitaran. Begitu lemahkah iman kita? Sampah merata-rata, wujud di hampir setiap pelusuk kota!

Ajaran Islam datang dgn pelbagai hikmah. Logik akalnya, Islam amat menitikberatkan kebersihan kerana ia dapat menjauhkan kita daripada penyakit, mengelakkan pencemaran udara (bau busuk), mengelakkan pencemaran air (sampah ke longkang ke sungai ke laut), memberikan kita keselesaan (pemandangan yg cantik dan udara segar), dan macam-macam lagi.


Orang Inggeris kata, "Prevention is better than cure" atau Melayunya: "Mencegah lebih baik daripada mengubati". Cuba bayangkan, kalaulah kita dengan sesuka hati membuang sampah merata tempat setiap hari, boleh jadi akan wujud satu penyakit hasil pengumpulan bakteria yang banyak dan pada waktu itu, barulah kita terhegeh-hegeh mahu melancarkan kempen anti-sampah dan rawatan penyakit. Kan senang kalau kita amalkan sahaja membuang sampah ke dalam tong sampah. Lagi terbaik jika kita amalkan mengutip sampah yang kelihatan depan mata. Bak kata ustaz sekolah rendah saya, cara mudah dapat pahala!

Pendek kata, kuatkan iman, tambahkan amalan, jagalah kebersihan.

sebuah video yg berkaitan dari matluthfi90:






gambar2 drpd: iklandepa.blogspot.com; cindurpurnamamerindu.blogspot.com; http://www.flickr.com/photos/wannfardan; archive.tellytube.in; najyasyraf.wordpress.com; herdica.wordpress.com; terengganulening.blogspot.com

Jangan Bercakap..

"Hah? Takkan nak bercakap pun tak boleh..ekstrem gila!"

Fuh..sabar2.. Jangan baca tajuk je. Kena baca sampai habis dulu. Jangan terus2 label org ekstremis dsb. Kena tahu perkara sebenar dahulu. Ok? Jadi, mari kita teruskan.

berkata baik atau shhhh~
Pada pengetahuan saya, ada dua masa dalam Islam yg seelok-elok dan sebaik-baiknya, kita senyap. Pertama,

- semasa azan -

Apa hukum menghormati azan? Sunat mu'akad (yg dituntut). Maksudnya, tidak berdosa jika tidak menghormatinya (dengan bercakap-cakap). Jika menghormatinya (dengan tidak bercakap-cakap dan menjawab azan), akan beroleh pahala. *haa..pahala! Takmau ke?*

Ada juga hadith yg menyatakan bahawa jika kita berkata-kata semasa azan, Allah akan kelu-kan lidah kita semasa ajal. Nauzubillah..itu merupakan antara mimpi-mimpi buruk seseorang ketika ajal.. Namun begitu, terdapat perbincangan yg menyatakan hadith tersebut dhaif (lemah/palsu). Oleh itu, ia tidak dapat dijadikan bahan sokongan dlm perbincangan ini.

Saya ada baca sebuah kisah dahulu di mana seorang yg tidak begitu alim tetapi sentiasa menghormati azan telah diberi ganjaran oleh Allah SWT. Kalau saya terjumpa saya postkan ya. Yang saya boleh ceritakan ialah mengenai guru sekolah saya. Beliau seorang bukan Islam, tetapi setiap kali azan berkumandang ketika beliau sedang mengajar, beliau akan senyap sehingga tamat azan (dan pada masa yg sama, rakan-rakan seIslam pula yg bercakap-cakap....). Kalaulah org bukan Islam boleh hormat, mengapa tidak kita?

Perlu dijelaskan juga bahawa, jika pada waktu azan berkumandang itu, kita ada keperluan yg lebih besar utk berkata-kata, contohnya: Sebuah kereta meluru ke arah kawan, anda pula jauh darinya..jeritlah sekuat hati utk keselamatannya. Contoh 2: Seorang guru yg sedang mengajar, boleh meneruskan sesi pengajarannya kerana dia telah dibayar utk menggunakan masanya utk mengajar. Oleh itu, hukum utk mengajar itu lebih berat daripada menhormati azan.
Contoh alasan yg tidak diterima: Lagu yg bermain sekali sahaja sehari dimainkan di radio semasa azan berkumandang. *come on lah*

Itu yg pertama.. Yang kedua pula,

- semasa khutbah -

Perhatikan petikan-petikan hadith berikut:
Dari Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: "Jika engkau berkata kepada sahabatmu, 'Diamlah!' apabila imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya perkataan itu menghilangkan pahala Jumaat."
[HR Muslim]
“Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari jumat, 'Diamlah,' sementara imam sedang memberikan khutbah, maka sungguh kamu sudah berbuat sia-sia."
[HR Bukhari]
Ada seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW yang sedang berkhutbah di hadapan manusia pada hari Jumaat. Maka baginda bersabda kepadanya, “Duduklah. Sungguh, kamu telah mengganggu dan membuat orang lain terlambat.”
[HR Ahmad]
Dari Abu Darda' RA dia berkata: "Nabi SAW sedang berkhutbah kepada manusia, kemudian baginda membacakan sepotong ayat. Ketika itu aku berada di samping Ubayy bin Ka'ab, maka aku bertanyakan kepadanya: 'Wahai Ubayy, bilakah ayat ini diturunkan?' Akan tetapi dia enggan berbicara denganku, maka aku mengulangi pertanyaanku dan dia masih enggan berbicara denganku, sehinggalah Nabi SAW turun (dari mimbar). Kemudian Ubayy mengatakan kepadaku: Engkau tidak memperoleh apa-apapun dari (solat) Jumaatmu melainkan perkataan-perkataan yang sia-sia. Selepas solat, aku menemui Nabi SAW dan mengadukan kepadanya tentang peristiwa tadi. Lantas Baginda bersabda: 'Ubayy benar, apabila engkau mendengar imam berkhutbah maka dengarlah dan diamlah sehingga habis dia khutbahnya'."
[HR Ahmad]
Pendek kata, senyaplah sepanjang khutbah. Jika tidak, membazir sahaja anda pergi solat Jumaat. *Tapi kalau tak pergi langsung berdosa besar ya*

Kesimpulannya, dalam Islam, kita diajar utk mengawal diri dan juga memberi fokus kepada seruan Ilahi dan nasihat-nasihat ke arah kebenaran. Jadi apalah kiranya, jika kita meluangkan sedikit masa memberhentikan bicara utk Allah SWT dan..lepas tu nak cakap sangat cakaplah!haha


gambar2 drpd: flykaty.com & hambapenyelamat.blogpsot.com

Siapa ekstremis..?

*ibtimes.com

Dunia (atau sekurang-kurangnya siapa yg baca suratkhabar) telah dikejutkan dgn sebuah insiden yg dahsyat yakni pembunuhan 90+ remaja dan 90+ lagi cedera di sebuah pulau di Norway. Tahukah anda salah satu reaksi pertama apabila tersebarnya berita tersebut?

"Ni mesti ekstremis Islam nih..terrorist!"

Wah2..pantas sahaja menuduh. Dan akhirnya terbukti org tersebut bukanlah muslim pun malah anti-muslim..

Kasihan sungguh kpd remaja-remaja yg telah tertipu dan terbunuh oleh penjenayah tersebut. Utk maklumat lanjut, baca lah kedua-dua link di atas (maaf dalam bahasa Inngeris..itu yg saya jumpa..).

Namun begitu, di sini kita bukanlah ingin berbincang panjang lebar mengenai isu tersbeut. Kali ini, insyaAllah kita akan berbicara mengenai EKSTREMIS. Haa..perkataan yg hangat diperkatakan dan dipergunakan dalam pelbagai situasi di merata tempat. Dan selepas itu, timbul pula panggilan utk mengamalkan 'Islam sederhana'. Baiklah, mari kita ulas sedikit perkara ini.

Pertama sekali, mengenai Islam..Islam adalah agama yg sederhana secara naturalnya atau secara lahiriahnya. Apa buktinya??

1. Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Cara makan. Cara minum. Cara berpakaian. Cara berinteraksi. Ia satu cara hidup. Apabila kita mengambil kira semua aspek kehidupan, kita tidak boleh melebihkan yg satunya dan melupakan yg lain. Kita perlu seimbang..sederhana! Bukannya solat 24 jam semata-mata..bukan pada satu aspek kehidupan sahaja.

2. Terdapat hadith-hadith seperti berikut:
“Telah binasa orang-orang yang berlebihan.” Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali.
[HR Muslim]
“Hati-hatilah kalian dari sikap ghuluw (berlebihan dan melampaui batas) dalam menjalankan agama ini, karena sesungguhnya sesuatu yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah sikap ghuluw dalam menjalankan agama.”
[HR Ahmad, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah]
Cukuplah dua poin tersebut mengenai kesederhanaan Islam.

Persoalan kedua pula ialah, siapakah sebenarnya yang digelar ekstrimis (dalam BI, extremist)? Jawapannya terdapat dalam video ini (ia dalam bahasa Inggeris juga).



Dalam video tersebut, Baba Ali telah melakonkan watak seorang lelaki ingin membeli daging. Lelaki tersebut telah bertanya sama ada daging itu halal. Tidak puas hati dengan jawapan pertama, dia telah bertanyakan asal usul daging itu sehingga mendapatkan nombor telefon penternak yg telah menjual daging itu. Dia pun menelefon penternak tersebut dan brtnyakan pelbagai soalan termasuklah menyuruhnya mengucapkan syahadah mmbuktikn kebenaran Islamnya dan keadaan lembu yang dipeliharanya..tidakkah itu melebih-lebih? Takkan la sampai nak tanya perasaan hidup lembu yang telah disembelih...?

Dan itulah contoh seseorang yg ekstrimis. TETAPI..ini bukanlah utk memudahkan kita melabel org lain. Ini adalah supaya kita menjauhkan diri dari termasuk ke dalam golongan yg 'berlebihan dalam agama'. Sekian. ^^

Eh2..kejap3..saya hampir terlupa. Sesuatu yg berkenaan "Extremist/Terrorist" juga: Because He Is A Muslim. Sesuatu yg boleh direnung-renungkan. :D

Testimonials of Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him)

*Post ini ditaip dalam bahasa inggeris bagi mengelakkan kesalahan dalam peralihan bahasa. Tetapi jika anda memerlukan penterjemahan juga, anda boleh gunakan Google Translate (namun perlu diberitahu juga bahawa sesetengah penterjemahan ayat boleh menjadi kurang tepat maksudnya)*

*vectorise.net
And We Have Not Sent You
But As A Mercy To The Worlds
Surah 22: al-Anbiya', Verse 107

The following are testimonials (statements/comments) from various people about our beloved Prophet Muhammad PBUH. These were taken from the book The Prophet of Islam Muhammad Biography & Pictorial Guide.

John Adair
Author of "The Leadership of Muhammad". Chair of Leadership Studies United Nations System Staff College in Turin

"In Islamic thought, model leaders were simultaneously both exalted and humble, capable of vision and inspiration, yet at the same time dedicated to the service of their people. As you read these pages, you will, I hope, be able to judge for yourself just how close Muhammad comes to this ideal. My argument in this book is that this ideal - glimpsed more than once in the life of the Prophet Muhammad - accords well with what with know to be the universal truth about the nature and practice of leadership."


William Montgomery Watt
(1909-2006) A Scottish historian and Emeritus Professor in Arabic and Islamic Studies at the University of Edinburgh. Author of "Muhammad at Mecca", Oxford, 1953, p. 52

"His readiness to undergo persecutions for his beliefs, the high moral character of the men who believed in him and looked up to him as a leader, and the greatness of his ultimate achievement - all argue his fundamental integrity. None of the great figures of history is so poorly appreciated in the West as Muhammad."



Karen Armstrong
A British academic and writer . Winner of TED Prize 2008.
Author of "Muhammad A Prophet For Our Time" 2007

"Muhammad was not a man of violence. We must approach his life in a balanced way, in order to appreciate his considerable achievements.

As a paradigmatic personality, Muhammad has important lessons, not only for Muslims, but also for Western people. His life was a Jihad: as we shall see, this word does not mean "holy war", it means "struggle".

Muhammad literally sweated with the effort to bring peace to war-torn Arabia, and we need people who are prepared to do this today. His life was a tireless campaign against greed, injustice, and arrogance.

If we are to avoid catastrophe, the Muslim and Western worlds must learn not merely to tolerate but to appreciate one another. A good place to start is with the figure of Muhammad."


Mahatma Gandhi
(1869-1948) A political and spiritual leader of the Indian independence movement

"I wanted to know the best one who holds today undisputed sway over the hearts of millions of mankind. I became more than convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life.

It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of Prophet Muhammad, the scrupulous regard for his pledges, his intense devotion to his friends and followers his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and his own mission. When I closed the second volume (of the book about his life) I was sorry that there was not more for me to read about his great life."


Alphonse de Lamartine
(1790-1869) Poet, writer and politician
Histoire De La Turquie, Paris, 1854, Vol. li, Pp. 276-277

"Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images; founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire. That is Muhammad. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may as well ask, is there any man greater than him?"



William Durant
(1885-1981) Historian, philosopher, and writer. Author of "The Story of Civilisation", part 4, vol. 4, p. 25

"His name, meaning "highly praised", lent itself well to certain Biblical passages as predicting his advent. Muhammad was never known to write anything himself; he used an amanuensis. His apparent illiteracy did not prevent him from composing (i.e. conveying the Holy Qur'an which was revealed to him and regarded as) the most famous and eloquent book in the Arabic tongue, and from acquiring such understanding of the management of men as seldom comes to highly educated persons."

Note: The word amanuensis means someone who writes what is dictated to him. William Durant used the word "composing" which is unacceptable from the Islamic perspective as Muslims believe the Holy Quran is a literal Divine revelation from Allah (The Lord of all beings) to Muhammad through Archangel Gabriel.


Johann Wolfgang Von Goethe
(1949-1832) A great European poet. Noten und Abhandlungen zum Westslichen Dvan, WA I, 7, 32

"He is a prophet and not a poet and therefore his Quran is to be seen as Divine Law and not as a book of a human being; made for education or entertainment."






Thomas Carlyle
(1795-1881) Historian, philosopher and author of "Heroes and Hero Worship and the Heroic in History"

"How one man single-handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades."

Note: Thomas Carlyle made an attempt to draw a picture of the development of human intellect by using historical people as coordinates and accorded the Prophet Muhammad a special place in the book under the chapter title "Hero as a Prophet". In his work, Carlyle declared his admiration with a passionate championship of Muhammad as a Hegelian agent of reform.


Reverend Reginald Bosworth Smith
(Mohammad and Mohammedanism, London, 1874, p. 92)

"Head of state as well as the Church, he was Caesar and Pope in one; but he was Pope without the Pope's claims, and Caesar without the legions of Caesar, without a standing army, without a bodyguard, without a palace, without a fixed revenue. If ever any man had the right to say that he ruled by a right Divine, it was Muhammad, for he had all the power without instruments and without its support. He cared not for dressing of power. The simplicity of his private life was in keeping with his public life."

Micheal H. Hart

"My Choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels."


Tuuuuut!

Tidak..bukan bunyi kentut.. Ini bunyi censored carutan di TV.

"Hah..ni mesti nak cerita pasal mencarut!"
*wartashubhi.blogspot.com
Ya betul..tapi bukan setakat mencarut sahaja. Kali ini, saya ingin membicarakan mengenai mengejek, mengutuk, mengeji, mencarut, dan semua yg sewaktu dgnnya. Sebelum itu, saya ingin memberikan satu soalan kuiz..

Adakah mengejek dosa besar?

Jawapannya? Nanti di hujung..(tapi boleh je kalau nak terus scroll ke bawah..). Baiklah..mari kita mulakan.

Dalam masyarakat serba boleh hari ini, kita memang jelas telah menunjukkan kebolehan kita yg sangat baik dlm meniru dan membiasakan perkara yg tidak elok yakni mencela. Mencela ini boleh didefinisikan sebagai mencarut, mengejek, mencerca, mengutuk, menghina, mengeji..ada lagi yang tertinggal?

Bila marah kita mencela, dalam bersahabat kita mencela, dalam perbincangan kita mencela, terkejut pun mencela, kagum pun mencela..dalam mesyuarat besar-besaran yg dapat dilihat masyarakat umum pun mencela! Innalillah (ini bukan hanya sebutan utk kematian sahaja ya)..parah..parah.. Cuba kita hayati ayat-ayat berikut..
"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok (mempermainkan/mencemuh) kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
[Surah 49: al-Hujuraat, ayat 11]
"Janganlah kalian saling dengki mendengki, dan janganlah kalian saling bersaing dalam penawaran, dan janganlah kalian membenci, dan janganlah kalian saling belakang-membelakangi, dan janganlah sebahagian kalian menjual atas penjualan sebahagian yang lain. Dan jadilah kalian hamba Allah yang saling bersaudara. Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, tidak boleh menelantarkannya (tidak memberi pertolongan kepadanya) dan tidak boleh merendahkannya, takwa itu disini (sambil menunjuk ke dadanya, beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali). Cukuplah sebagai kejahatan seseorang, kalau ia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap orang muslim haram darahnya, hartanya dan kehormatannya atas orang muslim yang lain."
[HR Muslim]
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."
[Surah 33: al-Ahzab, ayat 58] 
"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela"
[Surah 104: al-Humazah, ayat 1]
Nah..jelas sekali, ayat-ayat al-Quran dan hadith tersebut merupakan antara suruhan agar kita tidak mencela. Perlukah saya menjelaskan lagi secara panjang lebar? Oh ya..jawapan bagi soalan di atas tadi:

YA, MENGEJEK ADALAH DOSA BESAR.

Tahukah anda mengenai senarai 70 dosa-dosa besar? Antara isi kandungan senarai itu termasuklah:
  • Berlaku Zalim
  • Mengutuk Umat Islam
  • Menyakiti dan Memaki Orang Islam
Apabila kita mengejek, sedarlah bahawa kita berlaku zalim dan logiknya, perbuatan mengejek itu biasanya menyakiti hati org yg diejek sama ada banyak atau sedikit.

Perkara terakhir yang ingin saya sentuh dalam isu ini ialah apabila kita berdepan dengan org yg menghina/memalukan Islam atau dengan kata lain, apabila kita ingin memberikan 'nasihat'. Saya yakin anda pernah menyaksikan sebuah adegan di mana seseorg telah melakukan atau mengatakan sesuatu yg sgt tidak elok dan muncul pula komen2 'nasihat' seperti yg berikut:

"celaka kau, matilah masuk neraka!"
"sial memalukan umat Islam je!!"
"pegi mampuslah kau"
"semoga kau dapat azab seksa yg paling dahsyat!"
"bodoh gila orang macam kau ni"

*cikfatimahgelak-girang.blogspot.com
Persoalan yg paling mudah untuk kes seperti ini ialah..adakah ini cara Rasulullah SAW? Fikir-fikirkanlah.

Akhir kata, marilah berusaha membuang tabiat buruk ini (mencela) dalam kehidupan seharian kita agar sama-sama dapat mengelakkn permusuhan, perbalahan, persengketaan dan dosa yg tidak diingini. :D

*bilhikma.com

Mengapa dikau tidak memaafkan?

Alhamdulillah..setelah membuat pemerhatian dan perkiraan, saya merasa yakin untuk membicarakn mengenai sebuah isu yakni, KEMAAFAN.
*tripwow.tripadvisor.com
Kita sering membuat kesalahan sama ada dlm perkataan atau perlakuan. Ada masanya juga kita sememangnya tidak sengaja dan adakalanya kita hanya terlalai seketika. Kata-kata "Manusia tidak sempurna" dan "Manusia itu pelupa" memang sudah menjadi sebutan yang biasa. Namun, pada masa yang sama juga, manusia pula mempunyai nafsu amarah atau pendek katanya, sifat pemarah. Apabila bertembungnya dua kelemahan ini antara 2 insan, biasanya akan timbul benci..dendam..dengki.. Semuanya kerana 2 perkara:

1. Tidak meminta maaf
2. Tidak menerima maaf

Kita selalu juga mendengar akan yg pertama. Bahkan, jika bergaduh di sekolah, cikgu akan mnyuruh kedua-dua pelajar yg bergaduh utk meminta maaf. Di samping keraguan dalam keikhlasan meminta maaf itu, perkara yg menjadi kemusykilan adalah, adakah maaf itu diterima?

Allah SWT berfirman,
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih."
[Surah al-Baqarah, ayat 178]
Ayat tersebut merupakan penjelasan kepada isu pembunuhan yang mana orang yang telah membunuh itu hendaklah mendapat balasan yang setimpal yakni dibunuh juga. Akan tetapi dlm kes ini juga, Allah menyebut perihal kemaafan di mana jika suatu pihak mndapat/mmberi maaf, hendaklah yg memaafkan itu dengan cara yang baik. Yang meminta maaf juga perlu berurusan dengan cara yg baik. Ini dalam hal pembunuhan.. Namun dalam perihal kehidupan seharian, bukanlah selalu kita lihat perbalahan itu kerana kes pembunuhan. Akan tetapi, pergaduhan tercetus hanya kerana tersalah dengar, tersilap kata, tersalah faham, kerana moody seketika, dan sebagainya, sama ada sengaja atau tidak, yang jika kita teliti, hanya perkara yang remeh!

Selain pengalaman tersendiri, banyak juga pengalaman yg saya perhatikan di mana pihak bersalah (mungkin juga sebenarnya tidak bersalah) telah meminta maaf tetapi pihak yg kedua itu berkeras dan berat hati untuk memaafkan. Mengapa begitu sukar? Kerana besarnya dosa itu terhadapnya? Atau kerana sengaja ingin membiarkan terseksa? Cuba kita perhatikan beberapa ayat berikut..
"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Surah an-Nur, ayat 22]
"(Tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
[Surah al-Maidah, ayat 13]
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
[Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134]
Memang sangat banyak ayat al-Quran yang menunjukkan kemaafan Allah SWT dan juga yang menyuruh hamba-hambaNya memaafkan (tanpa perlu menunggu permintaan maaf pun) mereka yg telah mmbuat salah. Selain itu, cuba kita perhatikan suatu hakikat..

Kita selalu melakukan dosa terhadap Allah SWT baik secara sedar atau tidak. Walhal, Allah SWT yg telah memberi segala nikmat kpd kita sehinggakan jika laut bumi ini dijadikan dakwat, tidak habis ditulis segala nikmat itu. Akan tetapi, Dia banyak menyuruh kita utk memohon keampunanNya walau sebesar mana pun dosa kita. Hanya dosa syirik yang tidak diampunkan (bahkan pensyirik juga ada diberi peluang bertaubat). Kita pula bagaimana?

Orang itu hanya tersilap bicara atau berkasar bahasa. Kita pula sudah penuh amarah dgnnya sedangkan apalah sangat kelebihan kita ke atasnya? Bahkan Tuhan boleh memaafkan dosa-dosa yg besar. Kita pula ingin menujukkan diri lebih dahsyat dari Tuhan? Na'uzubillah.. Kita tidak boleh sombong kerana hanya Allah SWT sahaja yg boleh bersifat demikian. Allah SWT pula memaafkan hamba-hambaNya, mengapa kita pula yg kerdil ini begitu kejam dan degil utk memaafkan?

Sememangnya ayat-ayat seperti "Sabar juga ada hadnya!" dan "Siapa dia dalam hidup aku?" menjadi nadi pendirian mereka yang marah. Namun, cubalah kita renungkan kisah-kisah Nabi SAW. Antaranya, baginda pernah dilukai dengan teruk, dicaci maki dan dibaling batu semasa di Thaif sehingga berdarah-darah. Kemudian ditawarkan oleh Malaikat Jibril untuk membalikkan bukit-bukit di atas Thaif. Namun baginda tidak menerima tawaran tersebut malah telah berdoa utk kesejahteraan mereka dan keturunan mereka. Bukankah Nabi SAW contoh terbaik?

*catatanperjuangan.blogspot.com
Sebuah hadith baginda juga berbunyi,
“Orang yang kuat itu bukanlah yang menang dalam gusti tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.
[HR. Bukhari dan Muslim]
Kita juga seringkali melupakan suatu perkara yang sangat penting dalam Islam iaitu kita bersaudara. Perhatikan bahawa
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
[Surah al-Hujuraat, ayat 10]
Bersaudara itu seperti adik-beradik. Adik-beradik (terutamanya yang kecil) selalu bergaduh sesama sendiri namun cepat sahaja memaafkan antara satu sama lain. Kita juga seharusnya sedemikian sesama muslimin dan muslimat kerana kita bersaudara walaupun tidak pernah kenal nama atau keluarga. Selagi kita menyembah Tuhan yang sama, beriman di bawah rukun yang sama, kita mempunyai sebuah hubungan yang lebih akrab daripada 'kawan' dan 'sahabat', bukan juga hanya sekadar 'kenalan'. Kita mempunyai jalinan ukhwah!

Bagi mengakhiri coretan ini, dengarkanlah seruan ini dengan hati nurani..
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh."
[Surah al-A'raaf, ayat 199]
dan perlu ditekankan di sini bahawa mereka yg memohon maaf bukanlah orang yang bodoh. Dan bukanlah kita yang menentukan siapa yg bodoh serta jgnlah pula kita tergolong dalam golongan itu. Semoga kita menjadi orang-orang yg pemaaf dan berjaya mendapatkan keampunan Allah SWT.

*ctryeanasallehpunyeblog.blogspot.com